Mengiringi isteri saya
ke Pasar Sentral Melaka untuk membeli bahan masakan sebulan sekali.
Pasar Sentral Melaka terletak berhampiran dengan Perhentian Bas Melaka di AMJ.
Bangunan Pasar Sentral Melaka akan dirobohkan kerana kecacatan strukturnya.
Peniaga terpaksa berniaga di bawah khemah di tempat letak kereta. Pengunjung pasar bukan sahaja menghadapi masalah meletak kereta tetapi juga harus menahan kepanasan matahari.
Pasar sementara di Jalan Tun Fatimah telah mula operasi sejak 1 hb November. Penjual dan pelanggan kini boleh menikmati keselesaan persekitaran baru dan tidak perlu membimbang tentang hujan dan cuaca panas.
Pasar sememtara lebih luas dan bersih. Walau bagaimanapun kawasan letak kereta tidak cukup luas. Di harap kerajaan negeri akan mengambil alih tanah untuk memperluaskan tempat letak kereta. Jika tidak tempat letak kereta akan penuh sesak pada masa hujung minggu dan musim perayaan.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pelawat Cantik Kupu-kupu
Pokok Pisang Sudah Berbuah
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pelawat Cantik Kupu-kupu
Pokok Pisang Sudah Berbuah
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.