Saturday, October 10, 2015

Muhyiddin Menyanyi Lagu Berbeza


Muhyiddin Yassin

Bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang sehati dan sejiwa dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, mengutuk Perdana Menteri Najib Razak terhadap Perhimpunan Baju Merah yang telah dianjurkan di Kuala Lumpur pada 16 September lalu.

Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa demi kepentingan negara, MCA, MIC dan Gerakan harus berani mengutarakan pendapat masing-masing supaya dapat mengatasi pelbagai masalah rumit yang Malaysia sedang menghadapi. Dia berpendapat asal tidak berbohong atau berputar belit, parti komponen Barisan Nasional perlu memapar pendirian tentang Perhimpunan Baju Merah. Sekiranya pemimpin MCA, MIC dan Gerakan bimbang dipecat jawatan dan memilih tutup mulut, mereka bukan sahaja akan ditolak oleh rakyat malahan menjejaskan kemajuan negara.

Golongan Baju Merah menghina rakyat Cina dengan teruk semasa berhimpun pada 16 September. Komponen parti BN yang berasaskan kaum Cina perlu menentang golongan pelampau. Jika tidak, parti-parti tersebut terpaksa memakai sarung bersama songkok dan bertanding di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu. Dalam keadaan sebegini, MCA dan Gerakan mesti menukar nama parti kerana tidak layak mewakili masyarakat Cina.

Niat Muhyiddin Yassin sejelas kristal iaitu mencabar MCA, MIC dan Gerakan menolak Najib Razak.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Najib Suka Makan Kangkung

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.