skip to main |
skip to sidebar
Seekor kupu-kupu cantik melawat saya dua hari lepas. Terdapat agak banyak pelawat ke rumah kediaman saya kebelakangan ini.
Saya fikir pengunjung itu seekor rama-rama. Setelah berhubung dengan pembantu bijak, Google, baru saya sedar tetamu itu seekor kupu-kupu.
Untuk membezakan kupu-kupu dan rama-rama bukan susah. Kupu-kupu merentangkan sayapnya semasa berehat, sayap rama-rama pula terlipat tegak di atas tubuh ketika berehat.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kaktus Memekar Bunga Merah
Peminat Muda Michael Jackson
![Muhyiddin Yassin](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgi8VHZO2cGCqW-O1zdaeiWM-_ApXCpgwR_8VwvI5TmhBBn49fUA3qwL-2YEmex9GEE_L8pSJAubVdmv8rhF7ZDG5Wnr0eXoonU7u1cx948zQukM19FSDjfAwMWjqqxtBpz264NdkEraCw/s320/Muhyiddin+04.jpg)
Bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang sehati dan sejiwa dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, mengutuk Perdana Menteri Najib Razak terhadap Perhimpunan Baju Merah yang telah dianjurkan di Kuala Lumpur pada 16 September lalu.
Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa demi kepentingan negara, MCA, MIC dan Gerakan harus berani mengutarakan pendapat masing-masing supaya dapat mengatasi pelbagai masalah rumit yang Malaysia sedang menghadapi. Dia berpendapat asal tidak berbohong atau berputar belit, parti komponen Barisan Nasional perlu memapar pendirian tentang Perhimpunan Baju Merah. Sekiranya pemimpin MCA, MIC dan Gerakan bimbang dipecat jawatan dan memilih tutup mulut, mereka bukan sahaja akan ditolak oleh rakyat malahan menjejaskan kemajuan negara.
Golongan Baju Merah menghina rakyat Cina dengan teruk semasa berhimpun pada 16 September. Komponen parti BN yang berasaskan kaum Cina perlu menentang golongan pelampau. Jika tidak, parti-parti tersebut terpaksa memakai sarung bersama songkok dan bertanding di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu. Dalam keadaan sebegini, MCA dan Gerakan mesti menukar nama parti kerana tidak layak mewakili masyarakat Cina.
Niat Muhyiddin Yassin sejelas kristal iaitu mencabar MCA, MIC dan Gerakan menolak Najib Razak.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Najib Suka Makan Kangkung
![Najib Razak](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9117fGTkJDaoA8QIULqkcQoj-6s0mXaQ9xyTIScVjQxcCAj9G0Z-hTi8Ec4hfAW3_JhlfRvYaEoli9hlUZBAy4NSLTOJ23s-S-ArdCZKXDDw_vxawH2_ZS6i-32tSOiEF0m4Tni2NA8U/s320/Najib+01.jpg)
Berdasarkan liputan media, skandal 1MDB telah mengakibatkan Perdana Menteri Najib Razak menghadapi pelbagai masalah rumit.
Najib Razak berikhtiar sedaya upaya untuk menyebunyikan kebenaran susulan daripada dedahan Wall Street Journal Amerika Syarikat berhubung dengan kiriman wang 700 juta US Dollar. Namun setelah dikutuk oleh netizen, pemimpin pembangkang, bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Najib Razak terpaksa menjelaskan kiriman wang 700 juta US Dollar terdapat dalam akaun peribadinya ialah dana politik.
Semasa rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum menghadiri Himpunan Bersih 4, Najib Razak mendakwa bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia. Tambahan pula, Najib Razak menyindir peserta Himpunan Bersih 4 fikiran cetek dan tidak patriotik. Walaupun kata-kata dia yang masih dibunyikan di telinganya, Najib Razak menunjukkan lampu hijau kepada ahli UMNO menyertai Himpunan Baju Marah 916.
Najib Razak menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia tetapi membenarkan ahli UMNO menyertai Perhimpunan Baju Merah 916. Sebagai Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tidak patut membelit-belitkan kata-katanya.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Najib Suka Makan Kangkung