Tasik Allan merupakan
salah satu tempat menarik di Bukit Fraser.
Di Tasik Allan, pelawat berpeluang mengalami bot kayuh. Keselamatan diutamakan, jaket keselamatan mesti dipakai semasa mengayuh bot di Tasik Allan.
Jadual masa operasi bot kayuh terpapar di pintu masuk Tasik Allan. Terdapat tiga masa operasi berlainan. Masa tutup dilanjutkan ke pukul 7 malam pada Sabtu dan cuti umum.
Setiap bot kayuh dihadkan 2 orang sahaja. Bayaran sewa bot kayuh ialah RM 6 untuk selama 15 minit.
Selain menikmati keseronokan mengayuh bot, anda boleh mengambil angin di sekitar Tasik Allen sambil mengambil gambar.
Anda juga boleh melepaskan tekanan dan bertenang seperti ikan yang berenang dengan bebas dalam kolam.
Didapati banyak flora cantik di sekeliling Tasik Allan. Entah apa nama pokok yang berbunga merah ini?
Tahukah anda nama tumbuhan unik ini?
Satu lagi pokok bunga yang saya tidak tahu namanya.
Ha ha! Saya tahu nama bunga ini. Bunga mawar merah jambu ini sungguh cantik.
Bunga rose mini berwarna merah cantik juga.
Bunga rose mini kuning melambai-lambai menyapa bayu.
Disamping bunga mawar, bunga dahlia juga menarik perhatian saya.
Bunga dahlia kuning menari dalam sepoi sang bayu.
Bunga dahlia merah jambu ini menjenguk dari daun-duan lalu mengalu-alukan kedatangan pelancong.
Bunga dahlia merah ini bergaya di depan kanta kamera. Jelas sekali bunga dahlia suka mengambil foto.
Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Rumah Asap Bukit Fraser
Medan Selera Bukit Fraser
Taman Awam Bukit Fraser
Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Rumah Asap Bukit Fraser
Medan Selera Bukit Fraser
Taman Awam Bukit Fraser
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.