Stesen Kereta Api Kuala
Lipis merupakan salah satu destinasi kami berkunjung dalam perjalanan ke Kuala Lipis.
Dibina pada tahun 1926 semasa zaman jajahan British, Stesen Kereta Api Kuala Lipis kini masih beroperasi dengan memuaskan.
Terletak di bandar lama Kuala Lipis, Stesen Kereta Api Kuala Lipis berperanan penting dalam pengangkutan Kuala Lipis sebelum Malaya mencapai kemerdekaan.
Kereta api yang menuju ke selatan akan berakhir di Singapura. Manakala kereta api bertolak ke utara akan tamat di Tumpat, Kelantan.
Terdapat dua orang pemuda duduk di platform. Tidak pasti sama ada mereka sedang menunggu ketibaan kereta api atau berlepak di sana.
Kami melawat Stesen Kereta Api Kuala Lipis pada waktu senja dan sempat merakam gambar matahari terbenam yang sungguh mengagumkan.
Kaunter tiket sudah tutup semasa kami berada di Stesen Kereta Api Kuala Lipis. Jika tidak kami dapat tanya pegawai yang bertugas tentang informasi stesen kerata api yang bersejarah itu.
Jadual waktu yang terpapar di kaunter tiket Stesen Kereta Api Kuala Lipis menunjukkan setiap perjalanan kereta api dengan jelas.
Bangunan papan Stesen Kereta Api Kuala Lipis masih dikekalkan.
Tidak tahu alasan KTM tidak menaik taraf stesen kereta api itu. Mungkin KTM ingin menjadikan stesen kereta api itu sebagai lokasi kenang-kenangan. Sebaliknya mungkin KTM kehabisan modal disebabkan penurunan nilai Ringgit Malaysia.
Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
SMK Clifford Kuala Lipis
Hotel Lipis Plaza Kuala Lipis
Dataran Informasi Kuala Lipis
Bangunan Residen Kuala Lipis
Tidak tahu alasan KTM tidak menaik taraf stesen kereta api itu. Mungkin KTM ingin menjadikan stesen kereta api itu sebagai lokasi kenang-kenangan. Sebaliknya mungkin KTM kehabisan modal disebabkan penurunan nilai Ringgit Malaysia.
Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
SMK Clifford Kuala Lipis
Hotel Lipis Plaza Kuala Lipis
Dataran Informasi Kuala Lipis
Bangunan Residen Kuala Lipis
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.