Terdapat beraneka perahu di Terusan Amsterdam.
Jangan terlepas peluang mengalami pelayaran terusan semasa anda melancong di Amsterdam.
Selain digunakan untuk pelayaran terusan, perahu juga berperanan sebagai tempat kediaman di Amsterdam.
Perahu diubahsuaikan untuk dijadikan kediaman supaya penghuni dapat tinggal dengan selesa seperti rumah di atas tanah.
Oleh kerana kekurangan rumah kediaman, rumah perahu merupakan satu pilihan lain untuk tinggal atau menginap di Amsterdam.
Disamping menjadi tempat kediaman penduduk Amsterdam, didapati rumah perahu disewa kepada pelancong yang berkunjung Bandar Basikal, Belanda.
Tambahan pula rumah perahu yang berlabuh di Terusan Amsterdam juga dijadikan kafe, restoran dan muzium.
Rumah perahu kukuh seperti batu karang, penghuni tidak akan menghadapi masalah mabuk laut.
Kemudahan asas disediakan dengan lengkap. Rumah perahu dilengkapi dengan alat pemanas pada musin sejuk. Pada musim panas pula, penghuni boleh membuka tingkap besar dan menikmati bayu segar Terusan Amsterdam.
Jika anda sudah bosan menginap di hotel, anda boleh cuba daftar masuk rumah perahu ketika merantau di Amsterdam.
Post Berkaitan
Muzium Amsterdam
De Wallen Amsterdam
Kedai Kopi Free Adam
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Post Berkaitan
Muzium Amsterdam
De Wallen Amsterdam
Kedai Kopi Free Adam
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.