Dari Jalan Caine, kami
berjalan sambil mengambil gambar hingga ke Jalan Elgin.
Jalan Elgin terletak di Central, Hong Kong. Jalan ini dinamakan sempena James Bruce, Earl Elgin ke-8.
Jalan Elgin merupakan salah satu jalan lama yang terdapat di Central, Hong Kong.
Jalan Elgin juga bernama Jalan Lumpur pada masa dahulu kerana jalan ini berlumpur pada hari hujan.
Selain Jalan Elgin, Jalan Peel juga satu jalan lama didapati di Central, Hong Kong.
Seperti anda lihat dalam gambar, Jalan Peel sempit dan berada di lereng Bukit Victoria.
Cafe Chocoholic, sebuah cafe tema chocolate di Jalan Peel. Setahu saya cafe ini sudah berhenti perniagaan.
Kami tiba di Jalan Shelley setelah puas merayau di Jalan Elgin dan Jalan Peel.
Jalan Shelley adalah satu jalan tangga. Eskalator Pertengahan Bukit, Hong Kong dibina di sepanjang Jalan Shelley.
Gambar ini menunjukkan Eskalator Pertengahan Bukit. Pertengah Bukit adalah sebuah kawasan kediaman mahal dan terkenal di Central, Hong Kong.
Gambar ini diambil dari eskalator. Nama jalan ini ialah Lyndhurst Terrace. Didapati sebuah bakeri popular iaitu Tai Cheong Bakery di Lyndhurst Terrace.
Jalan Wellington lebih luas dan sesak dengan kenderaan. Bangunan lebih baru dan tinggi. Kedai juga lebih banyak dan beraneka.
Kami sempat tiba di Jalan Pottinger. Jalan Pottinger juga satu jalan tangga. Hari itu, kami turun naik tangga tidak tahu berapa kali.
Jika anda ingin beli cenderamata, Jalan Pottinger ialah tempat yang sesuai untuk anda berkunjung. Pelbagai barangan kenangan menarik dapat di beli di sana.
Gambar ini membuktikan bahawa Jalan Pottinger telah jadi lokasi yang sering dikunjung oleh pelancong dari seluruh dunia.
Post berikutnya, saya akan menulis tentang Lan Kwai Fong, Hong Kong.
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Happy Valley Hong Kong
Teluk Repulse Hong Kong
Dari Macau Ke Hong Kong
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Happy Valley Hong Kong
Teluk Repulse Hong Kong
Dari Macau Ke Hong Kong
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.