Tuesday, October 28, 2014

Sheung Wan Hong Kong


Jalan Wing Lok

Selepas menikmati hofan goreng Hong Kong, kami ambil angin di sekitar Sheung Wan.

Jalan Wing Lok

Gambar ini diambil di Jalan Wing Lok yang ada banyak kedai ubat cina dan makanan laut kering.

Upper Lascar Row

Kami beralih ke Upper Lascar Row yang terletak berhampiran dengan Jalan Wing Lok.

Upper Lascar Row

Upper Lascar Row merupakan satu lorong yang menjual antik dan barang terpakai.

Upper Lascar Row

Pelbagai antik dan barang terpakai dapat dibeli di Upper Lascar Row seperti jam, kipas, patung dan banyak lagi.

Jalan Hollywood

Berikutnya kami pergi ke Jalan Hollywood yang menyambung Jalan Queen Barat.

Tokong Man Mo

Tokong Man Mo yang berada di Jalan Hollywood sedang menjalani baik pulih.

Jalan Tangga

Seperti namanya, Jalan Tangga (Ladder Street) ialah jalan yang bertangga.

Jalan Ladder

Jalan Tangga sering jadi lokasi penggambaran filem dan drama televisyen Hong Kong.

Jalan Caine

Kami menaiki ke puncak Jalan Tangga dan tiba di Jalan Caine. Dari Jalan Caine kami menuju ke Central Hong Kong.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Happy Valley Hong Kong
Teluk Repulse Hong Kong
Lan Kwai Fong Hong Kong

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.