Tuesday, October 7, 2014

Pusat Penerangan Burung Bukit Fraser


Pusat Penerangan Burung Bukit Fraser

Setelah makan tengah hari di Restoran Scott, kami berkunjung ke Pusat Penerangan Burung Bukit Fraser.

Komplek Pelancongan Bukit Fraser

Pusat Penerangan Burung terletak di tingkat satu Komplek Pelancongan yang berhadapan dengan Restoran Scott dan Puncak Inn di pekan mini Bukit Fraser.

Pusat Penerangan Burung Bukit Fraser

Pusat Penerangan Burung merupakan sebuah galeri burung hijrah dan burung tampatan. Informasi lengkap berhubung dengan burung yang terdapat di Bukit Fraser tersedia di Pusat Penerangan Burung.

Enggang

Banyak gambar burung dan spesimen burung dipamerkan di Pusat Penerangan Burung. Burung yang didapati di Bukit Fraser seperti kuang, helang, enggang, merbuk, sewah tekukur besar dan burung sambar serangga.

Pusat Penerangan Burung Bukit Fraser

Gambar ini ialah label cd yang saya beli di Bukit Fraser. Sekiranya anda peminat burung, anda boleh dapat "The Natural Sounds of Fraser Hill" di Puncak Inn. Harga cd ini RM 30 sekeping. Resit tidak diberi walaupun saya meminta.

Pusat Penerangan Burung Bukit Fraser

Kemasukan ke Pusat Penerangan Burung percuma. Pusat ini hanya dibuka pada hujung minggu dari 10 pagi hingga 7 malam. Pada hari biasa, anda boleh meminta petugas Puncak Inn untuk membuka pintu.

Pusat Penerangan Burung Bukit Fraser

Jangan terlepas peluang melawat Pusat Penerangan Burung ketika melancong di Bukit Fraser. Terutama pelawat yang bercuti bersama keluarga kerana dapat merapatkan perhubungan antara ahli keluarga.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Rumah Asap Bukit Fraser
Medan Selera Bukit Fraser
Taman Awam Bukit Fraser
Malam Pesona Bukit Fraser
Jalan Sehala Ke Bukit Fraser

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.