Pengkalan Kubor merupakan sebuah bandar di Utara Kelantan.
Pengkalan Kubor terletak di muara Sungai Golok dan bersempadan dengan Thailand Tak Bai.
Oleh kerana tiada jambatan, penduduk Tak Bai dan Pengkalan Kubor menaiki bot atau feri pergi balik dua tempat.
Penduduk Tak Bai dan Pengkalan Kubor menaiki feri di Jeti Pengkalan Kubor. Jeti feri ini dibina di belakang Kompleks ICQS Pengkalan Kubor.
Kereta sedang beratur di Jabatan Imigresen untuk menaik ke feri yang membawa kenderaan dan penumpang ke Tak Bai.
Beberapa buah kenderaan mengikut giliran menaik ke feri yang akan menyeberang Sungai Golok ke Tak Bai di Thailand.
Feri Sri Tanjong yang mengangkut kenderaan dan penumpang sedang menuju ke Tak Bai di sebelah Sungai Golok.
Gambar ini menunjukkan kadar bayaran tambang perkhidmatan feri.
Penumpang : RM 0.60
Motosikal / Kereta Sorong : RM 1.50
Van / Kereta (Termasuk Penumpang) : RM 5.00
Bas (Termasuk Pemandu dan Penumpang) : RM 10.00
Lori 6 Roda (Termasuk Pemandu dan Kelindan) : RM 7.00
Lori 10 Roda (Termasuk Pemandu dan Kelindan) : RM 10.00
Kargo < 100 kg : RM 1.00
Kargo < 1000 kg : RM 2.00
Kargo > 1000 kg : RM 7.00
Penumpang : RM 0.60
Motosikal / Kereta Sorong : RM 1.50
Van / Kereta (Termasuk Penumpang) : RM 5.00
Bas (Termasuk Pemandu dan Penumpang) : RM 10.00
Lori 6 Roda (Termasuk Pemandu dan Kelindan) : RM 7.00
Lori 10 Roda (Termasuk Pemandu dan Kelindan) : RM 10.00
Kargo < 100 kg : RM 1.00
Kargo < 1000 kg : RM 2.00
Kargo > 1000 kg : RM 7.00
Gambar ini memaparkan jadual perjalanan feri di Jeti Feri Pengkalan Kubor. Masa perjalanan akhir feri adalah pada 6:30 petang.
Papan tanda menyambut pelancong asing ini kelihatan di Jeti Feri Pengkalan Kubor. Gambar terpapar di papan tanda itu berhubung dengan warisan budaya Kelantan.
Kami melalui Jabatan Kastam Pengkalan Kubor dan mengambil beberapa foto. Tidak banyak kereta atau pejalan kaki keluar dari Jabatan Kastam semasa kami berada di sana.
Sekiranya anda mengambil angin di sekitar Pengkalan Kubor, jangan terlepas peluang bersiar-siar dan melihat-lihat di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor yang di sebelah Kompleks ICQS Pengkalan Kubor.
Selain pelbagai pakaian, beraneka makanan dapat di beli di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kami singgah di gerai ini untuk membeli gajus dan asam jawa.
Gajus yang kami beli sedap dan tidak mahal. Tidak ingat harga gajus yang kami beli. Kami habiskan gajus itu ketika kami singgah di Kuala Terengganu.
Asam Jawa ini diimpot dari Tailand. Rasa asam jawa ini boleh tahan. Tetapi anda harus berhati-hati supaya tidak tertelan ulat yang singgah dalam asam jawa.
Di samping gajus dan asam jawa, gerai tersebut juga jual kek lapis. Kek lapis Pengkalan Kubor berwarna-warni itu sungguh cantik.
Saya amat suka makan kacang cerdik. Tidak pasti sama ada kacang cerdik itu dibawa masuk dari Thailand atau negara lain.
Makanan jeruk juga terdapat di Kawasan Cukai Bebas Pengkalan Kubor. Kalau anda gemar makanan jeruk, anda pasti membeli hingga pusa-puas.
Dodol juga dapat dibeli di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Dodol Kelantan ada beberapa warna berbanding dengan dodol Melaka yang hanya berwarna perang tua.
Pelawat meletak kereta di Komplesk ICQS Pengkalan Kubor. Seorang wanita bersama anak-anaknya siap membeli-belah di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor dan akan meninggalkan Pengkalan Kubor.
Kebetulan Pilihan Raya Kecil akan dijalankan susulan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar dari BN meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu.
Menurut sumber dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor telah ditetapkan pada 13 September 2014. Manakala hari pengundian akan diadakan pada 25 September 2014.
Post Berkaitan
Pantai Irama Bachok
Dynasty Inn Kota Bharu
Rantau Panjang Kelantan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Menurut sumber dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor telah ditetapkan pada 13 September 2014. Manakala hari pengundian akan diadakan pada 25 September 2014.
Post Berkaitan
Pantai Irama Bachok
Dynasty Inn Kota Bharu
Rantau Panjang Kelantan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
salam dari masa hadapan tahun 2023.. tambang feri masih sama ππ tapi duit ringgit jatuh merundum jauh dari duit siam.. huhuhu ππ
ReplyDelete