Bangunan Residensi
Kuala Lipis dibina pada tahun 1922 dan terletak di puncak bukit tertinggi di Kuala Lipis.
Bangunan Residensi merupakan rumah kediaman pegawai-pegawai Inggeris pada zaman penjajahan Inggeris
Penghuni pertama Bangunan Residensi Kuala Lipis ialah Hugh Clifford yang bertugas sebagai Residen Ulu Pahang.
Residen-residen seterusnya juga tinggal di Bangunan Residensi sehingga tercetus perang dunia kedua pada tahun 1942 - 1945.
Dari tahun 1958 hingga 1965, Bangunan Residensi Kuala Lipis dijadikan asrama murud-murid lelaki SMK Clifford.
Selepas itu, Bangunan Residensi Kuala Lipis terbiar kosong sebelum digunakan sebagai rumah rehat kerajaan pada tahun 1983.
Pada tahun 1985, Sudut Muzium Lipis ditubuhkan di Bangunan Residen untuk mempamerkan bahan-bahan sejarah dan kebudayaan Kuala Lipis.
Ketika kami berkunjung ke Bangunan Residensi Kuala Lipis pada tahun 2013, bangunan tersebut telah dijadikan rumah tumpangan iaitu Residen Inn.
Menurut seorang wanita yang kami jumpa di Bangunan Residen Kuala Lipis, terdapat pekerja Lombong Emas Penjom menginap di Residen Inn.
Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Masjid Negeri Kuala Lipis
Hotel Lipis Plaza Kuala Lipis
Dataran Informasi Kuala Lipis
Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Masjid Negeri Kuala Lipis
Hotel Lipis Plaza Kuala Lipis
Dataran Informasi Kuala Lipis
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.