Tuesday, August 19, 2014

Restoran La Place Amsterdam


Restoran La Place

Setelah bersiar-siar di Kalverstraat, kami makan malam di Restoran La Place di Amsterdam.

Peta Restoran La Place

Restoran La Place yang kami berkunjung terletak di hujung Kalverstraat dekat dengan Menara Munttoren.

Restoran La Place

Restoran La Place merupakan sebuah rangkaian restoran terkenal di Belanda. La Place ada lebih daripada 250 buah restoran di seluruh Belanda.

Restoran La Place

La Place bertekad menawarkan perkhidmatan berlainan kepada pelanggan supaya berasa selesa dan puas hati ketika makan di restoran mereka.

Sandwic Roti Perancis

Kami membeli satu sandwic roti Perancis beramuan salad tuna. Rasa sandwic in sungguh enak kerana kami terlalu lapar selepas berjalan-jalan di Kalverstraat.

Balutan Tortilla

Kami juga membeli dua balutan tortilla. Tortilla dibuat daripada jagung atau gandum. Ramuan yang boleh digunakan termasuk keju, daun salad, jam avokado dan ayam atau bacon rangup.

Espreso

Selain dua balutan tortilla dan sandwic roti Perancis, kami juga menikmati kopi espreso Belanda. Secawan kopi espreso Belanda ini berharga 2.10 Euro.

Restoran La Place

Gerai ini yang terdapat di La Place bukan gerai buah-buahan. Sebenarnya gerai ini jual jus buah-buahan segar.

Restoran La Place

Dua gerai makanan dalam La Place yang menjual pizza dan sandwic. Kedua-dua gerai ini menjual makanan secara layan diri. Beberapa orang pelanggan menunggu pekerja gerai pizza membuat pizza.

Restoran La Place

Pekerja ini sedang sibuk menyediakan pizza dan sandwic untuk pelanggan. Kami ingin membeli pizza tetapi perlu tunggu. Oleh sebab itu, kami berubah fikiran lalu membeli balutan tortilla dan sandwic roti Perancis.

Restoran La Place

Tukang masak ini asyik menyediakan makanan yang dipesan oleh pelanggan. Seperti yang anda lihat, banyak bahan masakan terletak di atas meja dapur. Kami tidak pesan makanan di gerai ini kerana tidak ingin tunggu.

Restoran La Place

Keluar dari Restoran La Place, kami berjalan di sepanjang Rokin dan menuju ke Dataran Dam. Post seterusnya, saya akan tulis tentang Rokin Amsterdam.

Post Berkaitan
Muzium Amsterdam
De Wallen Amsterdam
Kedai Kopi Free Adam
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.