Wednesday, August 27, 2014

Gambar Damrak Amsterdam


Damrak Amsterdam

Kami berjalan-jalan di Damrak sementara menunggu pengurus rombongan di Dataran Dam.

Peta Damrak Amsterdam

Damrak merupakan sebatang jalan utama Amsterdam yang menyambungkan Stesen Sentral dan Dataran Dam.

Swiss Hotel Amsterdam

Hotel Swiss yang terletak di Damrak adalah sebuah hotel 4 bintang. Lokasi Hotel Swiss sungguh sempurna kerana berada di pusat bandar Amsterdam.

Damrak Amsterdam

Sekirannya anda ingin mendapat informasi atau membeli tiket pelancongan, anda boleh ke "Tour and Tickets" di bawah Hotel Swiss di Damrak.

Damrak Amsterdam

Tiket yang dijual termasuk tiket masuk Icebar, Muzium Heineken dan Muzium Madame Tussaud. Tiket perjalanan tersedia ialah Kampung Kincir, pelayaran terusan, bas pelancong Amsterdam dan bas lompat naik--lompat turun.

Damrak Amsterdam

Terdapat sebuah restoran di sebelah "Tour and Tickets". Restoran ini bernama Restoran Dam Plaza dan menghidang makanan panggang Amerika Selatan.

Damrak Amsterdam

Ini gambar Hotel De Roode Leeuw di Damrak. Hotel De Roode Leeuw juga sebuah hotel 4 bintang seperti Hotel Swiss. Menurut ulasan internet, menginap di Hotel De Roode Leeuw memang pilihan yang sesuai.

Damrak Amsterdam

Tingkat bawah Hotel De Roode Leeuw ialah Restoran De Roode Leeuw yang menghidang kupang. Oleh kerana kami telah menikmati balutan tortilla dan sandwic roti Perancis di Restoran La Place, kami tidak cuba kupang di Restoran De Roode Leeuw.

Damrak Amsterdam

Satu lagi gambar Damrak, Amsterdam. Gambar ini menunjukkan sebuah kasino di Damrak. Kasino itu ialah Carrousel Arcade Casino.

Beca Belanda

Pemilik beca ini sungguh bijak. Bahagian belakang beca digunakan sebagai ruang iklan. Iklan itu berkenaan dengan Muzium Penyeksaan. Untuk pengetahuan anda, Amsterdam ada bermacam-macam muzium.

Damrak Amsterdam

Jika anda ingin melancong sambil bersenam, anda boleh merantau di sekitar Amsterdam dengan mengayuh basikal. Beralih ke kedai menyewa basikal ini di 247 Damrak untuk menyewa sebuah basikal dan menyaksi keindahan Amterdam dengan berbasikal.

Post Berkaitan
Rokin Amsterdam
Muzium Amsterdam
De Wallen Amsterdam
Kedai Kopi Free Adam
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.