Persiaran Membeli-belah
Macau terletak berhampiran dengan Kubu Armourial dan Gerbang St Paul.
Tanda jalan yang kami jumpa di Persiaran Membeli-belah Macau. Didapati tiga jenis bahasa terpapar di tanda jalan itu.
Kami membeli tiga tart di sebuah kedai di Dataran Gerbang St Paul. Tart itu sungguh enak dan bernilai 7 MOP seketul.
Persiaran Membeli-belah Macau dibanjiri pengujung dari seluruh dunia setiap hari terutama pada cuti am dan hujung minggu.
Ini adalah satu lagi foto Persiaran Membeli-belah Macau. Bermacam-macam kedai terdapat di dua belah jalan sempit Persiaran Membeli-belah Macau.
Seorang pekerja kedai ais krim sedang mempromosi ais krim perisa durian. Pekerja itu menyapa dengan seorang budak yang melalui di sana bersama keluarganya.
Gambar ini menunjukkan dua buah kedai yang menjual beragam jenis pastri di Persiaran Membeli-belah Macau. Kedua kedai itu ialah Hou Kon Pastri dan Fong Song Pastri.
Kami singgah di Lemon Cello setelah penat berjalan-jalan di Persiaran Membeli-belah Macau. Lemon Cella merupakan sebuah kedai yang menjual beraneka jenis perisa ais krim.
Selain berbagai-bagai kedai, Persiaran Membeli-belah Macau ada sebuah bangunan istimewa. Bangunan ini ialah kediaman seorang saudagar bernama Lou Kau pada abad ke-20.
Kami terjumpa durian raja musang Malaysia di Persiaran Membeli-belah Macau. Sungguh diluar dugaan ketika ternampak durian raja musang di sebuah gerai buah-buahan di Persiaran Membeli-belah Macau.
Tidak kira siang atau malam, Persiaran Membeli-belah Macau penuh sesak dengan pelancong. Gambar ini di ambil pada waktu malam di Persiaran Membeli-belah Macau. Lokasi ini dekat dengan Medan Senado di depan Bangunan Senado.
Sekiranya penat berjalan dan membeli-belah, anda boleh berehat di mana-mana tempat di sekitar Persiaran Membeli-belah Macau. Jangan risau tentang masalah keselamatan kerana pihak pentadbiran amat mengambil berat terhadap ketenteraman Macau.
Post Berkaitan
Foto Muzium Macau
Dari Vegas Ke Macau
Hotel Sofitel Ponte 16
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Post Berkaitan
Foto Muzium Macau
Dari Vegas Ke Macau
Hotel Sofitel Ponte 16
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.