Kami berjalan kaki ke Dataran Dam selepas melawat Kilang Berlian Gassan Amsterdam.
Dataran Dam merupakan destinasi pelancong yang amat popular di Amsterdam, ibu kota Belanda.
Dataran Dam juga berperanan sebagai tempat perjumpaan penduduk Amsterdam terutama pada hujung minggu.
Bangunan megah yang menegak di hujung Dataran Dam ialah Istana Diraja Belanda. Kini istana ini dijadikan muzium untuk orang awam pada masa yang tidak digunakan oleh kerabat diraja.
Baru-baru ini, "Berjalan Senyap" diadakan di sekitar Dataran Dam. Acara ini bertujuan untuk mengingati penumpang pesawat MH17 yang terkorban dalam nahas yang berlaku di timur Ukraine.
Pelbagai aktiviti dijalankan di Dataran Dam setiap hari. Seorang penghibur jalanan berdandan sebagai pahlawan masa dahulu.
Sekumpulan pemuda-pemudi sedang bermain diabolo di Dataran Dam. Saya terkejut semasa nampak mereka bermain diabolo kerana orang Belanda pun main diabolo.
Seorang lagi penghibur jalanan menunjukkan kehebatannya di Dataran Dam. Senario sebegini memang biasa di Belanda. Banyak penghibur jalanan mempamirkan bakat mereka di Dataran Dam.
Di samping manusia, burung merpati juga gemar berkumpul di Dataran Dam. Burung Merpati Amsterdam tidak takut kepada orang. Burung-burung itu menikmati makanan ringan bersama pengunjung Dataran Dam.
Tugu Negara Belanda dibina bertentangan dengan Istana Diraja. Tugu ini didirikan untuk mengingati orang yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua. Satu upacara peringkat nasional akan dikendalikan di sana pada Mei 4 setiap tahun.
Terdapat dua patung singa putih di dua-dua belah Tugu Negera. Informasi berhubung dengan patung singa putih itu terhad. Setelah mencari dari internet, hanya dapat tahu kedua-dua patung singa putih itu melambangkan Belanda.
Jika penat berjalan kaki, anda boleh menaiki beca ini. Tidak melihat sebarang pelancong menaiki beca. Entah berapakah tambang menaiki beca itu?
Sederet tram melalui Dataran Dam ketika kami mengambil angin di sana. Tram adalah salah satu pengangkutan yang sering digunakan oleh pelancong dan penduduk Amsterdam.
Ini ialah lorong khas untuk basikal. Anda perlu berhati-hati berjalan-jalan di Amsterdam. Jika tidak, anda akan dilanggar oleh basikal dan cedera. Selain laluan basikal, anda juga harus berjaga-jaga apabila melintas landasan tram.
Muzium Madame Tussaud berada di sebelah Dataran Dam. Ramai orang beratur untuk masuk ke Muzium Madame Tussaud. Oleh kerana kesuntukan masa, kami tidak sempat berkunjung ke Muzium Madame Tussaud.
Gambar ini ialah Kedai Berlian Gassan Cawangan Dam. Kebetulan Kedai Berlian Gassan Cawangan Dam dilokasi bertentangan dengan Museum Madame Tussaud. Selain berlian, anda boleh membeli jam tangan dan barang kemas yang canggih.
De Bijenkorf dalam Bahasa Inggeris bermaksud sarang lebah. Sebenarnya De Bijenkorf ialah pasar raya terbesar di Amsterdam. Bangunan De Bijenkorf setinggi enam tingkat. Jangan terlepas peluang membeli-belah di De Bijenkorf ketika anda melancong di Amsterdam.
Ini gambar Hotel NH Dataran Dam. Kami bukan menginap di hotel ini dalam perjalanan ke Belanda. Kami menginap di Hotel NH Schiphol yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Schiphol. Seperti anda lihat dari foto di atas, Hotel NH adalah di belakang Tugu Negara Belanda.
Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Kincir Angin Pesona Belanda
Menikmati Kopi Di Volendam
Pelayaran Terusan Amsterdam
Mengambil Angin Di Volendam
Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Kincir Angin Pesona Belanda
Menikmati Kopi Di Volendam
Pelayaran Terusan Amsterdam
Mengambil Angin Di Volendam
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.