Friday, June 6, 2014

Taman Caversham Australia Barat


Taman Caversham

Taman Caversham merupakan salah satu destinasi ketika kami bercuti di Perth Australia Barat.

Peta Taman Caversham

Terletak di Lord Street, Taman Caversham ialah sebuah taman hidupan liar yang terkenal di Perth.

Merak

Dua ekor merak yang terdapat di Taman Caversham. Kedua-dua merak ini sungguh cantik tetapi tidak ingin menghadapi kanta.

Burung Raja Udang

Seekor burung raja udang ini sedang menjemur matahari dalam kawasan terkurung. Burung ini tidak bergerak mungkin suka mengambil gambar.

Taman Caversham

Sekiranya anda berkunjung ke Taman Caversham jangan lupa bergambar dengan koala. Setahu saya koala tidur sepanjang 20 jam sehari untuk menjimat tenaga.

Kanggaru

Kanggaru ini juga gemar bergambar?
Sebenarnya kanggaru ini mengharap pelawat memberi makanan. Memberi makanan kepada haiwan adalah dibenarkan di Taman Caversham tetapi mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Post Berkaitan
Perarakan Krismas Perth
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.