Tuesday, June 3, 2014

Kenangan Manis Di Kota Kinabalu


Sabah

Kunjungan 3 hari 2 malam ke Kota Kinabalu Sabah sungguh menarik.

Hotel Eden54

Kami menginap di Hotel Eden 54 yang terletak di Jalan Gaya ketika berada di KK.

Kota Kinabalu

Anda boleh memperolehi informasi lengkap di Bangunan Informasi Pelancongan Sabah.

Kota Kinabalu

Medan Australia KK merupakan tempat di mana tentera Australia mendarat pada Perang Dunia Kedua.

Jalan Gaya

Pelbagai kedai, pejabat dan syarikat boleh didapati di Jalan Gaya. Pasar Ahad diadakan di Jalan Gaya setiap hari Ahad.

Kota Kinabalu

Pada malam pertama, kami beralih ke Pasar Malam Filipina untuk membeli hasil marin khas Sabah seperti gamat, ikan bilis, ikan masin, rumpai laut dan kekapis kering.

Rumpai Laut Sabah

Bungkusan ini ialah rumpai laut yang dikenali sebagai sarang burung laut. Rumpai laut mengandungi khasiat untuk kesihatan seperti protein, mineral, vitamin dan kolagen.

Kota Kinabalu

Kami menuju ke Jesselton Point untuk membeli tiket bot laju ke Pulau Sapi. Terdapat beberapa syarikat bot laju menyediakan perkhidmatan kepada pelancong dan orang ramai ke pulau-pulau berhampiran KK.

Pulau Sapi

Gambar ini menunjukkan pelawat baru tiba di jeti Pulau Sapi. Selain Pulau Sapi, anda boleh mengambil angin di Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Pengunjung dinasihati mengambil gambar dan tinggalkan jejak kaki sahaja di Taman Marin Tungku Abdul Raman.

Kota Kinabalu

Kembali dari Pulau Sapi, kami singgah di Kedai Kopi Fu Yuan untuk minum kopi dan makan dim sum sebagai alas perut.

Kopi Fu Yuan dihidang dengan gelas besar dan rasa dim sum tidak berbeza dengan dim sum di semenanjung. Yang aneh ialah pekerja Fu Yuan melayan pelangan macam robot.


Kota Kinabalu

Selepas makan malam di Restoran Welcome, kami berjalan-jalan sambil mengambil foto di sekitar Kota Kinabalu.

Foto yang di ambil termasuk Kafe Sugar Bun, Wisma Intiutama, patung ikan todak, Gerbang Jalan Istana, Oldtown White Coffee, Tugu Peringatan Malaysia, Pusat Beli-belah Suria Sabah.


Kota Kinabalu

Sebagai mercu tanda Kota Kinabalu, Menara Jam Atkinson adalah salah sebuah bangunan yang paling lama di Kota Kinabalu.

Menara Jam Atkinson siap dibina pada tahun 1905 demi mengenang jasa Atkinson yang dilantik menjadi pegawai daerah pertama Jesselton (Kota Kinabalu) oleh Syarikat Borneo Utara British.


Menara Meninjau KK

Dari Menara Jam Atkinson, kami berjalan kaki ke Menara Meninjau Bukit Signal yang dikatakan lokasi tertinggi di Kota Kinabalu.

Di samping berjalan kaki, anda boleh menaiki teksi ke Menara Meninjau Bukit Signal. Anda boleh mengamati seluruh pemandangan Kota Kinabalu dari Menara Meninjau Bukit Signal.


Kota Kinabalu

Sebelum pulang ke semenanjung, kami pergi ke Pusat Membeli-belah Suria Sabah. Suriah Sabah bukan setakat pusat beli-belah tetapi juga menjadi tempat tarikan pelancong yang popular di Kota Kinabalu.

Anda boleh berkunjung ke Suria Sabah untuk membeli barangan yang digemari semasa bercuti di Kota Kinabalu dan membawa balik sebagai kenangan manis.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.