Sunday, June 22, 2014

Bakeri Vigor Kobo Taiwan


Vigor Kobo

Kilang Bakeri Vigor Kobo merupakan salah satu destinasi ketika kami melancong di Taiwan.

Peta Vigor Kobo

Kilang Bakeri Vigor Kobo yang kami berkunjung itu terletak di 87, Chengtai Road, New Taipei City.

Vigor Kobo

Setiba di Kilang Bakeri Vigor Kobo, kami ke bahagian diy untuk mengalami kegembiraan membuat kek nanas.

Vigor Kobo

Seorang pekerja Kilang Bakeri Vigor Kobo sedang menunjuk cara asas membuat kek nanas kepada para pelawat.

Kek Nanas Diy

Gambar ini menunjukkan orang rumah saya berseronok membuat kek nanas manakala saya asyik mengambil gambar.

Acuan Kek Nanas

Dalam proses membuat kek nanas secara diy, beberapa acuan dibekalkan untuk membuat pelbagai bentuk kek nanas yang menarik.

Kek Nanas Diy

Dua contoh kek nanas diy yang dibuat oleh isteri saya siap dibakar. Walaupun kek nanas ini harum tetapi saya tidak berani merasai.

Kek Nanas Diy

Kek nanas diy yang siap dibakar diisi dalam kotak seperti dalam foto. Semua kek nanas itu habis dimakan oleh isteri saya sebelum kembali ke Malaysia.

Vigor Kobo

Selepas sesi diy, kami menuju ke bahagian memproses kek nanas Kilang Bakeri Vigor Kobo. Di bahagian tersebut, kami ditunjuk cara membuat kek nanas dengan menggunakan mesin.

Tanglung Nanas

Nanas replika yang dipaparkan sebagai tanglung nanas sungguh pesona. Orang Cina suka menggantung tanglung nanas kerana mempercayai bahawa nanas boleh membawa tuah.

Vigor Kobo

Terdapat beberapa proses membuat kek nanas termasuk menyediakan bahan, membalut inti, letak kedalam acuan, membakar di trek, menanggal dari acuan dan akhir sekali membungkus kek nanas.

Nanas Gergasi

Nanas gergasi yang dipamirkan di ruang jualan Kilang Bakeri Vigor Kobo. Pengunjung berebut-rebut pose di bawah nanas gergasi untuk mengambil foto.

Menurut pemandu pelancong, anda akan bernasib baik setelah bergambar dengan nanas gergasi.


Kek Kacang Hijau

Kami membeli beberapa jenis kek buatan Vigor Kobo iaitu kek nanas, kek kacang hijau, kek buah berangan dan kek susu matahari.

Kek kacang hijau bermaksud kek berinti kacang hijau. Saya suka makan kek kacang hijau tetapi isteri saya suka makan kek buah berangan.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artike Ini
Profil Google Zuiyanhong
Pasar Malam Shilin Taiwan
Motel Boutique Amain Taiwan

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.