Monday, May 19, 2014

Pasar Besar Teluk Intan Perak


Pasar Besar Teluk Intan

Selain jalan raya yang sibuk, kami juga mengambil gambar Pasar Besar Teluk Intan.

Pasar Besar Teluk Intan

Terdapat banyak kedai mini menjual makanan kering di Pasar Besar Teluk Intan Perak.

Pasar Besar Teluk Intan

Senario Pasar Besar Teluk Intan membayangkan keharmonian berbilang kaum di bawah satu bumbung.

Pasar Besar Teluk Intan

Pasar Besar Teluk Intan merupakan pusat sehenti makanan. Pelbagai makanan tersedia untuk pengguna sekitar Teluk Intan.

Jering

Simpulan bahasa tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Sehingga mengambil foto ini, baru saya benar-benar tahu buah ini ialah jering.

Kerang

Kerang rasa enak dan bekhasiat untuk kesihatan. Oleh kerana pencemaran pantai semakin teruk, makan kerang berisiko dijangkiti penyakit.

Siput Sedut

Tahukah anda benda yang berlumpur ini?
Benda yang berlumpur ini namanya siput sedut.

Bolehkah siput sedut dimakan?
Memang boleh. Tetapi beranikah anda makan siput sedut?


Mesin Memarut Kelapa

Akhir sekali saya singgah di gerai kelapa yang menjual kelapa parut. Mesti berhati-hati ketika memarut kelapa dengan mesin ini. Jika tidak anda mungkin mencederakan tangan anda.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Hotel Anson Teluk Intan
Profil Google Zuiyanhong
Menara Condong Teluk Intan

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.