Thursday, March 13, 2014

Bandar Sate Kajang Selangor

Sate Kajang

Kajang yang dikenali sebagai bandar sate, kini telah menjadi tumpuan ekoran PRK N25 Kajang.

Pusat Khidmat Dun Kajang

Pusat Khidmat Rakyat DUN Kajang terletak di Jalan Mendaling dan berhampiran dengan Tokong Shi Ye. (Gambar ini diambil pada tahun 2012)

PRK N25 Kajang

Tarikh mengundi PRK N25 Kajang ialah pada 23 Mac. Wan Azizah Wan Ismail akan mempertahankan kerusi DUN tersebut untuk PKR.

Naib Presiden MCA pula mewakili BN mencabar Wan Azizah Wan Ismail. Zaid Ibrahim yang dituduh menjadi Proksi UMNO telah umum menarik diri. Sebelum itu, Zaid Ibrahim berminat bertanding atas tiket calon bebas.



SJKC Yu Hua

Sebelum mengikuti latihan perguruan, saya pernah berkhidmat di SJKC Yu Hua Kajang.

Gambar ini diambil bersama murid-murid tahun enam pada masa itu. Latar belakang foto ialah dewan lama SJKC Yu Hua. Pada ketika itu SJKC Yu Hua sedang membina bangunan yang baru.



Dua tahun lalu, saya menghadiri aktiviti Dong Jiao Zong di Kajang.

Saya mengambil kesempatan beralih ke SJKC Yu Hua untuk mengambil gambar. Landskap SJKC Yu Hua sudah berbeza. Bangunan baru yang menegak di kampus SJKC Yu Hua sungguh megah dan cantik.


Perhimpunan 325

Perhimpunan Bantahan Kekurangan Guru Di SJKC tercetus di New Era College Kajang pada 25 Mac 2012.

Presiden Dong Zong Yap Sin Tian menegaskan bahawa perhimpunan bantahan akan diteruskan di seluruh negara sekiranya masalah kekurangan guru di SJKC tidak diselesaikan secepat mungkin.


Kolej New Era

Dibina di Jalan Bukit Kajang, Kampus Kolej New Era seluas 8.5 ekar.

Syarat Kemasukan ke Kolej New Era:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Unified Examination Certificate / Unified Examination Certificate-Vocational (UEC / UEC-V)
Kelayakan lain yang setara : LCCI, Pitman dan A-Level.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel
Profil Google Zuiyanhong

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.