Tuesday, November 19, 2013

Ringkasan Kunjungan Pengerang

Udang Kara

Kami pergi ke Pengerang untuk menikmati udang kara sebelum udang kara di Pengerang terpupus.

Sungai Rengit

Sungai Rengit merupkan sebuah pekan di Pengerang. Pelbagai kemudahan asas tersedia di Sungai Rengit.

Hotel Tai Hoe

Walaupun terletak di kawan luar bandar, penginapan di Sungai Rengit tidak menjadi masalah. Selain Hotel Tai Hoe, beberapa hotel boleh di dapati di Sungai Rengit.

Pengersng

Jangan terlepas peluang menjamu makanan laut ketika anda berkunjung ke Pengerang. Terdapat banyak restoran makanan laut di Pengerang. Anda harus membuat sedikit kajian sebelum bertolak ke Pengerang.

Burung Unta

Sekiranya melawat bersama kanak-kanak, anda boleh singgah di Taman Burung Unta.

Jika berminat, anda boleh membeli tiket lalu menemui burung unta di dalam Taman Burung Unta. Anda pun boleh membeli cenderamata berkaitan dengan burung unta sebagai kenangan.


Pantai Ramunia

Sekitar 5 km dari Sungai Rengit, Pantai Ramunia berada di jalan menuju ke Desaru.

Pemandangan Pantai Ramuni sungguh pesona. Di samping mandi-manda, anda juga boleh berkelah di Pantai Ramunia. Anda boleh bermalam di Pantai Ramuni untuk melihat langit berbintang pada waktu malam.


Jeti Tanjung Pengelih

Orang Singapura masuk ke Pengerang melalui Jeti Marina Tanjung Pengelih.

Dari jeti tersebut, pelancong Singapura menaiki teksi atau kenderaan yang disediakan oleh hotel ke Sungai Rengit. Pengunjung dari Singapura merebut-rebut ke Pengerang untuk merasa makanan laut pada hujung minggu dan cuti am Singapura.


Kampung Jawa

Pekan lama Kampung Jawa yang berdakatan dengan Jeti Marina Tanjung Pengelih seolah-olahnya tempat yang telah dilupakan.

Berbanding dengan Sungai Rengit, perubahan Kampung Jawa memang berbeza. Sungai Rengit makin maju tetapi Kampung Jawa pula mundur. Kemakmuran Sungai Rengit dan kemerosotan Kampung Jawa adalah satu pertentangan yang ketara.


Rapid Pengerang

Projek Rapid yang di laksanakan di Pengerang sudah lama dipertikaikan antara aktivis, kerajaan, parti pembangkang serta penduduk setempat. Tetapi dengan selesainya pilihanraya umum ke-13, isu tersebut beransur-ansur lenyap.

Kini, persoalan Rapid seakan-akan tidak lagi menjadi fokus media dan orang ramai. Mungkin pertikaian Rapid akan timbul semula dan menjadi hangat menjelang pilihanraya umun ke-14.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sungai Kapal Pengerang Johor
SJKC Tai Sin Pengerang Johor

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.