Monday, October 28, 2013

Rumah Burung Layang-layang Sekinchan

Sekinchan

Selain sawah padi dan makanan laut, terdapat rumah burung layang-layang di sekitar Sekinchan. Persekitaran sawah padi sesuai dijadi tapak membina rumah burung layang-layang. Burung layang-layang mencari makanan di sekiling sawah padi dapat mengurangkan masalah perosak tanaman padi.

Penternak yang mementingkan diri mengubah bangunan di kawasan bandar untuk dijadikan rumah burung layang-layang. Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malahan menjejaskan kehidupan harian penduduk bandar.

Jelasnys rumah burung layang-layang lebih sesuai dibina di kawawan luar bandar. Kerajaan harus menggubal undang-undang terhadap usahawan burung layang-layang yang tidak prihatin.


Sekinchan

Penternak burung layang-layang Sekinchan patut membina rumah burung layang-layang khas untuk dikunjung oleh pelancong. Disamping itu, melabur dalam produk sampingan sarang burung juga boleh dipertimbangkan.

Kedua-dua langkah ini mungkin dapat mempertingkatkan industri pelancongan Sekinchan dan menambah pendapatan penduduk setempat.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kampung Nelayan Sekinchan
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Hotel Purple Town Sekinchan
Hotel Harbour View Sekinchan

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.