Selain sawah padi dan
makanan laut, terdapat rumah burung layang-layang di sekitar Sekinchan. Persekitaran
sawah padi sesuai dijadi tapak membina rumah burung layang-layang. Burung layang-layang
mencari makanan di sekiling sawah padi dapat mengurangkan masalah perosak
tanaman padi.
Penternak yang mementingkan diri mengubah bangunan di kawasan bandar untuk dijadikan rumah burung layang-layang. Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malahan menjejaskan kehidupan harian penduduk bandar.
Jelasnys rumah burung layang-layang lebih sesuai dibina di kawawan luar bandar. Kerajaan harus menggubal undang-undang terhadap usahawan burung layang-layang yang tidak prihatin.
Resort Silver Park
merupakan resort yang kami menginap ketika kami bercuti di Bukit Fraser pada
bulan Jun.
Lampu bilik tamu cerah tetapi perabut usang tidak ditukar. Dinding bilik tamu juga kelihatan terlalu lama tidak dicat.
Sofa terdapat di ruang tamu patut dipamir di muzium sebagai antik. Kemungkinan pihak pengurusan Resort Silver Park kegemaran nostalgia.
Kebersihan dapur memuaskan tetapi tidak boleh memasak kerana tiada gas. Tidak menjerang air sebab ketakutan terminum air berkarat. Terpaksa membeli air botol untuk mengatasi masalah dahaga.
Cat dinding balkoni tanggal dan dinding ternampak bertompok-tompok. Meja dan kerusi diliputi dengan debu. Jika tidak kami boleh beristirahat di balkoni pada waktu malam.
Burung pipit di Volendam, Belanda memang bernasib baik. Habitat burung pipit di Volendam sungguh selesa dan tiada sebarang
ancaman.
Setiap hari, burung pipit berehat di atas batu besar di tambak laut dan menunggu diberi makanan oleh pelancong dari seluruh dunia.
Selepas berjamu di bandar Bentong, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis. Kami singgah di bandar Raub sebentar untuk mengambil gambar.
Bandar Raub merupakan tempat pengeluaran emas pada suatu ketika dulu. Kini kemakmuran bandar Ruab tidak seperti masa dahulu. Rumah lama dua tingkat banyak terdapat di sekitar bandar Raub.
Pengaruh MCA sudah melesap. Pintu bangunan MCA Raub tertutup. Tidak nampak wajah bekas Menteri Pelancongan Ng Yen Yen. Mungkin Ng Yen Yen sedang berseronok makan angin di merata negera.
Dua buah bas terletak di stesen bas Raub. Tiada seorang penumpang pun di stesen bas tersebut. Walaupun cuaca pada hari itu baik tetapi bandar Raub agak sunyi.
Seperti tahun-tahun lepas, Laporan Ketua Audit Negara 2012 sungguh berunsur hiburan.
Kehilangan pistol PDRM merupakan insiden yang paling ajaib. Jelas sekali bahawa Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi ialah mitos abadi Malaysia.
Sebelum ini Ahmad Zahid Hamidi menjadi Menteri Pertahanan dan berlaku kejadian misteri iaitu kehilangan enjin jet TUDM. Kini muncul pula cerita jenaka pistol belajar menyelam.
Mungkin pistol yang gembira menyelam telah berkawan baik dengan haiwan lautan dan enggan kembali ke balai polis.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Barack Obama Dan Malaysia
Burung Marah Membantah BN
Berjamu Ringan Dengan Ambiga
Terletak di utara
Terengganu, Marang sekitar 21 km memandu dari Kuala Terengganu.
Terdapat sebuah jeti di Marang. Pelancong menaiki bot dari jeti ini ke pulau berhampiran. Oleh kerana destinasi tidak jauh, syarikat bot menggunakan bot kecil untuk membawa penumpang.
Papan penunjuk digantung tinggi-tinggi supaya pelawat ke Pulau Kapas tidak sesat atau naik bot yang tidak betul.
Sebuah syarikat pelancongan menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk menempah bilik, latihan menyelam, pakej snorkeling, pakej memancing, pakej candat sotong dan pengangkutan pergi balik.
Sebelum melawat Taman Burung Unta, kami mengambil angin di Pantai Ramunia.
Terletak di jalan menuju ke Desaru, Pantai Ramunia sekitar 5 km dari pekan udang kara Sungai Rengit.
Pemandangan Pantai Ramunia sungguh pesona. Selain mandi-manda, anda juga boleh berkelah di Pantai Ramunia.
Sekira ingin melihat langit berbintang Pengerang, anda boleh menginap di Resort Pantai Nelayan.
Harga resort itu berpatutan tetapi tidak pasti keselesaan resort tersebut.