Selain sawah padi dan
makanan laut, terdapat rumah burung layang-layang di sekitar Sekinchan. Persekitaran
sawah padi sesuai dijadi tapak membina rumah burung layang-layang. Burung layang-layang
mencari makanan di sekiling sawah padi dapat mengurangkan masalah perosak
tanaman padi.
Penternak yang mementingkan diri mengubah bangunan di kawasan bandar untuk dijadikan rumah burung layang-layang. Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malahan menjejaskan kehidupan harian penduduk bandar.
Jelasnys rumah burung layang-layang lebih sesuai dibina di kawawan luar bandar. Kerajaan harus menggubal undang-undang terhadap usahawan burung layang-layang yang tidak prihatin.
Penternak burung layang-layang Sekinchan patut membina rumah burung layang-layang khas untuk dikunjung oleh pelancong. Disamping itu, melabur dalam produk sampingan sarang burung juga boleh dipertimbangkan.
Kedua-dua langkah ini mungkin dapat mempertingkatkan industri pelancongan Sekinchan dan menambah pendapatan penduduk setempat.
Resort Silver Park
merupakan resort yang kami menginap ketika kami bercuti di Bukit Fraser pada
bulan Jun.
Lampu bilik tamu cerah tetapi perabut usang tidak ditukar. Dinding bilik tamu juga kelihatan terlalu lama tidak dicat.
Sofa terdapat di ruang tamu patut dipamir di muzium sebagai antik. Kemungkinan pihak pengurusan Resort Silver Park kegemaran nostalgia.
Kebersihan dapur memuaskan tetapi tidak boleh memasak kerana tiada gas. Tidak menjerang air sebab ketakutan terminum air berkarat. Terpaksa membeli air botol untuk mengatasi masalah dahaga.
Cat dinding balkoni tanggal dan dinding ternampak bertompok-tompok. Meja dan kerusi diliputi dengan debu. Jika tidak kami boleh beristirahat di balkoni pada waktu malam.
Matahari terbit dari timur di luar tingkap. Melonjak dari katil dan mengambil kamera Nikon untuk merakam keindahan matahari terbit di Bukit Fraser.
Burung pipit di Volendam, Belanda memang bernasib baik. Habitat burung pipit di Volendam sungguh selesa dan tiada sebarang
ancaman.
Setiap hari, burung pipit berehat di atas batu besar di tambak laut dan menunggu diberi makanan oleh pelancong dari seluruh dunia.
Burung pipit tidak takut pada pengunjung. Sebaliknya, burung pipit akan menuju kehadapan untuk diberi makanan. Seolah-olahnya, burung pipit sudah dimanja. Patutlah semua burung pipit itu besar dan gemuk.
Burung pipit Malaysia kecil dan kurus. Jelasnya burung pipit Belanda lebih bertuah. Walaupun sama-sama burung pipit tetapi nasib berbeza.
Selepas berjamu di bandar Bentong, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis. Kami singgah di bandar Raub sebentar untuk mengambil gambar.
Bandar Raub merupakan tempat pengeluaran emas pada suatu ketika dulu. Kini kemakmuran bandar Ruab tidak seperti masa dahulu. Rumah lama dua tingkat banyak terdapat di sekitar bandar Raub.
Pengaruh MCA sudah melesap. Pintu bangunan MCA Raub tertutup. Tidak nampak wajah bekas Menteri Pelancongan Ng Yen Yen. Mungkin Ng Yen Yen sedang berseronok makan angin di merata negera.
Dua buah bas terletak di stesen bas Raub. Tiada seorang penumpang pun di stesen bas tersebut. Walaupun cuaca pada hari itu baik tetapi bandar Raub agak sunyi.
Stesen teksi terletak di sebelah bas. Keadaan stesen teksi selesa dan cantik. Sebuah pasar didapati berhampiran stesen teksi.
Lawatan ke Jeju Kampung
Rakyat Seongeup seperti kembali ke zaman dahulu. Jelas sekali kerajaan Korea
Selatan bekerja keras untuk mencapai matlamat meningkatkan pendapatan rakyat.
Walaupun rumah Kampung Rakyat Seongeup dibina memirip rumah masa kuno tetapi tidak sama dengan rumah terdapat di Kampung Hanok Bukchon dan Kampung Hanok Namsangol di Seoul. Mungkin persekitaran dan cara hidup penghuni di Seoul dan Pulau Jeju berbeza.
Jerami dijemur di depan rumah. Jerami kering diikat dengan tali dan diguna untuk menjadi bumbung rumah. Dingin rumah pula dibuat daripada batu lava. Jurang di antara batu disumbat tanah liat.
Tembok keliling rumah juga dibuat daripada batu lava. Sebagai sebuah pulau kecil, Pulau Jeju sentiasa menghadapi tiupan angin kencang. Oleh sebab itu, penghuni pulau menggunakan tembok batu untuk menyekat tiupan angin.
Meskipun undang-undang ketat tidak di laksanakan di Pulau Jeju, tiada kejadiaan pencurian berlaku pada masa lampau.
Tiang Batu berlubang tiga ini merupakan pintu pagar. Tidak menyelak kayu pada tiang batu bermaksud tuan rumah berada di rumah.
Bermekar di Kampung Rakyat Seongeup, bunga rape manari dalam angin untuk menyambut pelawat dari merata tempat.
Kebanyak orang tahu tentang lobak tetapi berapa orang pernah melihat wajah sebenar bunga lobak yang terpapar dalam gambar di atas?
Seperti tahun-tahun lepas, Laporan Ketua Audit Negara 2012 sungguh berunsur hiburan.
Kehilangan pistol PDRM merupakan insiden yang paling ajaib. Jelas sekali bahawa Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi ialah mitos abadi Malaysia.
Sebelum ini Ahmad Zahid Hamidi menjadi Menteri Pertahanan dan berlaku kejadian misteri iaitu kehilangan enjin jet TUDM. Kini muncul pula cerita jenaka pistol belajar menyelam.
Mungkin pistol yang gembira menyelam telah berkawan baik dengan haiwan lautan dan enggan kembali ke balai polis.
Terletak di utara
Terengganu, Marang sekitar 21 km memandu dari Kuala Terengganu.
Terdapat sebuah jeti di Marang. Pelancong menaiki bot dari jeti ini ke pulau berhampiran. Oleh kerana destinasi tidak jauh, syarikat bot menggunakan bot kecil untuk membawa penumpang.
Papan penunjuk digantung tinggi-tinggi supaya pelawat ke Pulau Kapas tidak sesat atau naik bot yang tidak betul.
Sebuah syarikat pelancongan menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk menempah bilik, latihan menyelam, pakej snorkeling, pakej memancing, pakej candat sotong dan pengangkutan pergi balik.
Masa pergi dan balik dari pulau-pulau terpapar dengan nyata. Pengunjung boleh membeli tiket kehendak masing-masing.
Selain Pulau Kapas, Pulau Gem juga digemari oleh pelancong. Suasana kedua-dua pulau ini sungguh sunyi dan sesuai bercuti untuk menenangkan fikiran.