Sunday, August 11, 2013

Pergi Ke Marken Dari Volendam

Volendam

Terletak di timur laut Volendam, Marken pada asalnya sebuah pulau nelayan kecil. Dengan perkembangan pesat dalam perusahaan pelancongan, Pulau Marken telah menjadi sebuah destinasi pelancong yang amat popular.

Selain hasil tangkapan laut, pakaian tradisional Belanda dan rumah papan yang unik sungguh menarik kepada pengunjung Pulau Marken. Kebiruan laut dan kehijuaan padang Pulau Marken juga mengagumkan pelawat dari seluruh dunia.


Volendam

Sekiranya anda bermalam di Volendam, anda boleh menaiki bot ekspres ke Pulau Marken. Lokasi ini merupakan jeti bot ekspres. Lelaki yang memakai cermin mata hitam itu ialah pekerja syarikat bot ekspres.

Volendam

Tiket bot ekspres pergi dan balik untuk dewasa 8 Euro dan kanak-kanak 4.5 Euro. Tidak pasti 6.75 Euro itu untuk apa, mungkin bayaran itu untuk satu trip sahaja.

Volendam

Minuman disediakan di bot ekspres dari Volemdam ke Pulau Marken. Teh 1.6 Euro, kopi 2 Euro dan minuman ringan 2 Euro.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Unik Pekan Volendam
Kedai Cenderamata Volendam
Mengambil Angin Di Volendam
Berbasikal Di Sekitar Volendam

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.