Saturday, August 24, 2013

Jalan Sehala Ke Bukit Fraser

Bukit Fraser

Terdapat satu jalan sehala naik ke Bukit Fraser dan satu jalan sehala turun dari Bukit Fraser.

Sekiranya anda bertolak dari Kuala Kubu Baru, anda akan tiba di simpang jalan naik ke Bukit Fraser dulu. Sebaliknya anda pergi ke Bukit Fraser dari Raub atau Bentong, anda akan sampai ke simpang jalan turun dari Bukit Fraser dulu.

Pengunjung ke Bukit Fraser harus mengikut peraturan untuk mengelakkan kemalangan berlaku.


Bukit Fraser

Ternampak banyak kereta beratur di simpang jalan naik ke Bukit Fraser ketika kami tiba di sana. Kami difahamkan bahawa kerja naik taraf sedang dijalankan di jalan turun dari Bukit Fraser.

Semasa menunggu pintu jalan dibuka, saya mengambil kesempatan mengambil gambar di kaki Bukit Fraser.


Bukit Fraser

Pada masa dahulu hanya ada sebatang jalan naik ke Bukit Fraser, kenderaan terpaksa mengambil giliran naik dan turun.

Gambar terpapar di atas merupakan rumah rehat yang terbengkalai. Sebelum itu, pelawat berehat di situ sambil makan dan minum sementara menunggu giliran naik ke Bukit Fraser.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sungai Jerik Maran Pahang
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sungai Lembing Pahang
Pekan Sehari Temerloh Pahang

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.