Wednesday, July 3, 2013

Buruan Kamera Di Bukit Fraser

Bukit Fraser

Bukit Fraser merupakan destinasi peranginan tanah tinggi yang terletak di Pahang.

Selain Bukit Fraser, terdapat dua destinasi pelancongan tanah tinggi di Pahang yang digemari oleh pelancong ia-itu Genting dan Cameron Highlands.


Bukit Fraser

Bukit Fraser bergelaran "Little Britain" kerana banyak bangunan di situ berunsur seni bina British.

Bangunan ini ialah "Smokehouse" yang di bina pada zaman jajahan British dan dikekalkan hingga sekarang. Pada masa dahulu, orang British menginap di Smokehouse ketika mereka bercuti di Fraser Hill.


Bukit Fraser

Pemandangan di Bukit Fraser sungguh mempesona. Sekiranya anda suka mengambil gambar, Bukit Fraser amat sesuai untuk anda berkunjung.

Bukit Fraser

Pelbagai flora dan fauna didapati di Bukit Fraser. Saya belum sampai tahap mengambil foto burung. Oleh sebab itu, bunga-bunga menjadi sasaran buruan kamera saya.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sungai Jerik Maran Pahang
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sungai Lembing Pahang
Pekan Sehari Temerloh Pahang

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.