Terletak di pantai bahagian timur Kota Jeju, Batu Kepala Naga berpanjang lebih
daripada 30 meter. Kepala naga yang muncul daripada permukaan air setinggi lebih
kurang 10 meter.
Batu tersebut dinamakan Batu Kepala Naga kerana bentuknya mirip kepala naga yang muncul dari air laut. Berdasarkan penerangan papan kenyataan, Batu Kepala Naga terbentuk setelah lava gunung berapi beku. Selepas luluhawa dan hakisan air laut bertahun-tahun, akhirnya batu itu berbentuk seperti kepala naga.

Terdapat sebuah patung batu wanita duyung berdekatan Batu Kepala Naga. Wanita duyung merupakan wanita Jeju yang mahir menyelam ke dasar laut tanpa alatan menyelam.
Mereka terlibat dalam pekerjaan tradisi iaitu menyelam untuk menangkap ikan dan mendapatkan kerang, abalone serta rumpai laut.
Mereka terlibat dalam pekerjaan tradisi iaitu menyelam untuk menangkap ikan dan mendapatkan kerang, abalone serta rumpai laut.
Kebetulan ternampak sauk jaring terletak di atas batu. Dengan segera menangkap beberapa gambar sauk jaring ini.
Hirisan sesungut kurita yang masih bergerak menjadi santapan pelancong dari Jepun. Sekiranya anda suka makanan laut mentah, anda boleh singgah untuk mencuba hasil tangkapan wanita duyung.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Makanan Jajanan Myeongdong
Pertunjukan Nanta Myeongdong
Pulau Terapung Taman Hangang
Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju
Puncak Matahari Terbit Ilchulbong Jeju
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Makanan Jajanan Myeongdong
Pertunjukan Nanta Myeongdong
Pulau Terapung Taman Hangang
Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju
Puncak Matahari Terbit Ilchulbong Jeju
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.