Selepas melawat ke Masjid Sultan Ismail Petra, kami menuju ke Rantau Panjang di sempadan Thailand dan Malaysia.
Rantau Panjang terletak di barat-laut Kelantan dan diasingkan dari Golok oleh Sungai Golok. Sungai Golok dijadikan sempadan antara Thailand dan Malaysia. Penduduk Golok dan Rantau Panjang beralih dua tempat dengan menaiki sampan bermotor.
Rantau Panjang terletak di barat-laut Kelantan dan diasingkan dari Golok oleh Sungai Golok. Sungai Golok dijadikan sempadan antara Thailand dan Malaysia. Penduduk Golok dan Rantau Panjang beralih dua tempat dengan menaiki sampan bermotor.
Terdapat banyak gerai-gerai di tepi jalan di Rantau Panjang. Kebanyakan gerai ini diuruskan oleh wanita. Barangan yang dijual termasuk makanan kering dan buah-buahan Kelantan.
Gerai makanan bergerak boleh didapati di Rantua Panjang. Selain menjual minuman sejuk, makanan goreng yang popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia juga dijual.
Orang Kelantan ramah-tamah. Pegawai polis yang bertugas juga memaparkan senyuman di wajah mereka. Sekiranya anda tersesat jalan atau mempunyai pertanyaan, pegawai polis bersedia menghulurkan bantuan kepada anda.
Kehidupan orang Cina sama dengan orang Cina di neger-negeri lain di Malaysia. Mereka berpeluang menerima pendidian Bahasa Cina. SJKC Khay Boon Rantau Panjang membuktikan segala tuduhan MCA dan Parti Gerakan adalah dusta saja.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Kediaman Nik Aziz
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sehari Temerloh Pahang
Dynasty Inn Kota Bharu Kelantan
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Kediaman Nik Aziz
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sehari Temerloh Pahang
Dynasty Inn Kota Bharu Kelantan
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.