Thursday, April 18, 2013

Puncak Matahari Terbit Ilchulbong Jeju

Ilchuibong

Dengan ketinggian 182 meter, Ilchulbong yang bermaksud puncak matahari terbit terletak di bahagian timur Pulau Jeju. Ilchulbong berjarak lebih kurang 40 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju.

Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, kami terus menuju ke Ilchulbong yang berhampiran dengan Songsan.

Menurut jadual perjalanan, kami mendaki Ilchulbong pada hari kedua. Oleh kerana ramalan cuaca meramalkan hari itu akan hujan, kami terpaksa mengubah jadual perjalanan melawat Pulau Jeju.


Ilchulbong

Kami perlu berehat berkali-kali sebelum tiba di puncak kerana umur sudah meningkat. Akhirnya kami berjaya sampai ke puncak setelah bercuba dengan yakin.

Di antara pelancong yang mendaki Ilchulbong terdapat warga emas yang bersemangat tinggi. Mereka langkah demi langkah mendaki ke puncak hingga berjaya.


Songsan

Pelancong harus melalui Songsan sebelum mendaki Ilchulbong. Menaiki bas dari Lapangan Terbang Antarabangsa ke Ilchulbong mengambil masa selama 2 jam. Jika bertolak dari Seogwipo di bahagian selatan, masa memandu selama 2 jam 30 minit.

Dunkin' Donuts

Berehat sebentar di kaki bukit. Sekiranya anda suka makan donut, anda boleh cuba donut Jeju di restoran Dunkin' Donuts.

Rumah Wanita Duyung

Jika masa mengizinkan, anda boleh beralih ke rumah wanita duyung untuk menyaksikan kehandaran wanita duyung. Wanita duyung merupakan wanita Jeju yang mahir menyelam ke dasar laut tanpa silinder oksigen. Tugas mereka ialah mengaup ikan, kerang, abalone dan rumpai laut.

Kalau anda gemar makanan laut mentah, jangan terlepas peluang menikmati di rumah wanita duyung.

Tiket Individu
Budak:1000Won
Remaja:1000Won
Tentera:1000Won
Dewasa:2000Won

Tiket Kumpulan
Budak:600Won
Remaja:600Won
Tentera:600Won
Dewasa:1200Won

Bilangan kumpulan: 10 atau lebih

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Makanan Jajanan Myeongdong
Pertunjukan Nanta Myeongdong
Pulau Terapung Taman Hangang
Malam Myongdong Masih Muda

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.