Friday, April 12, 2013

Ambil Angin Di Pulau Sapi

Pulau Sapi

Terletak di luar pantai Kota Kinabalu, Pulau Sapi merupakan destinasi yang mesti dilawat oleh pelancong.

Bayu dingin, air laut jernih dan pasir pantai putih Pulau Sapi sungguh menawan. Seperti terpapar di foto, pemandangan Pulau Sapi memang mempesona.


Pulau Sapi

Pulau Sapi adalah salah satu pulau di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Pengunjung boleh pergi ke Pulau Sapi dengan menaiki bot laju di Jesselton Point.

Sekiranya anda ingin snorkeling, anda boleh menyewa alatan snorkel di Jesselton Point atau di Pulau Sapi. Demi mengelakkan masalah membawa alatan snorkel, lebih baik menyewa alatan tersebut di Pualu Sapi.

Berkaitan makanan, jika anda hendak bersantap di Pulau Sapi, anda perlu tanya di kaunter tiket ketika membeli tiket bot laju. Sebaliknya anda boleh menyediakan makanan dan membawa ke Pulau Sapi.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jalan Gaya Kota Kinabalu Sabah
Bangunan Infor Pelancongan KK
Pasar Malam Filipina Kota Kinabalu
Ini Kali-Lah Angin Perubahan Sabah
Lapangan Terbang Antarabangsa KK

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.