Thursday, February 7, 2013

Perbezaan Diftong Dan Vocal Berganding

Diftong

Saya terperanjat apabila mengetahui bahawa murid tahun 3 SJKC perlu mempelajari diftong dan vokal berganding.

Siapakah yang membuat keputusan bodoh ini?

Apakah diftong dan vokal berganding?

Diftong: ai, au, oi.
Contoh: tupai, pisau, sepoi.

Vokal berganding: aa, ai, au, ia, iu, ua, ui.
Contoh: saat, naik, lauk, diam, tiup, jual, duit.

Bagaimanakah membezakan diftong dan vokal berganding?

Diftong: Dibaca sebagai satu suku kata dan melafazkan dengan cepat. Kedai=ke+dai, pulau=pu+lau, amboi=am+boi.

Vokal berganding: Perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata. baik=ba+ik, kaum=ka+um, liar=li+ar, luas=lu+as.

Murid-murid tahun 3 kanak-kanak kecil. Mereka bukan pakar fonetik. Yang penting mereka dapat menguasai suku kata dan boleh membaca perkataan mudah Bahasa Malaysia.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Perayaan Hari Kanak-Kanak
Burung Marah Membantah BN

5 comments:

  1. Memang betul. Yang penting murid-murid bergembira dalam proses pembelajaran di samping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete
  2. Bersetuju dengan pendapat anda.
    Mengamalkan pendekatan paksaan dalam proses pembelajaran sungguh bodoh.

    ReplyDelete
  3. Tahun 2 dah kena belajar benda-benda ni...
    Kesian... Kena baca petikan dan tuliskan idea utama dan idea sampingan pula... Cikgu pun kena tercari-cari maklumat, apatah bagi murid tahun dua yang hanya berumur 8 tahun??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian, kesian, memang kesian......
      Nasib baik saya dah bersara. Jika tidak saya akan cekik penulis buku latihan itu.

      Delete
  4. A few artists don't feel great controlling this sort of gear amid a show, and they want to leave their vocal processing in the hands of the sound designers who are blending the show.Best vocal processor

    ReplyDelete

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.