Friday, December 7, 2012

Awan Pesona Bukit Panorama Lembing

Awan Pesona

Kami memanjat Bukit Panorama Lembing untuk menyaksi matahari terbit yang indah. Malang sekali, hujan turun renyai-renyai pada awal pagi itu. Matahari mogok dan enggan bertemu mana-mana pelawat.

Awan Pesona

Walaupun kami terlepas matahari terbit tetapi kami bernasib baik untuk melihat awan yang mengagumkan.

Awan pesona bukan sahaja merupakan landskap semula jadi tetapi juga mencantikkan pergunungan di sekitar Sungai Lembing. Pengunjung Bukit Panorama Lembing seolah-olah berada di dunia maya.


Bukit Panorama Lembing

Pondok ini terletak di kaki Bukit Panorama Lembing. Jarak di antara pondok ini dengan Country View Inn hanya beberapa minit berjalan kaki. Ikut trek dan menaik bukit berdasarkan kecergasan fizikal anda supaya tidak mengalami kecederaan.

Bukit Panorama Lembing

Terdapat sebuah pondok di lereng bukit. Berehat sebentar sebelum menuju ke puncak bukit.

Langkah-langkah harus diambil:

Dinasihatkan mendapat tahu cuaca Sungai Lembing melalui internet sebelum bertolak. Jika anda tidak ingin basah dalam hujan, lebih baik menyediakan peralatan hujan.

Tambahan pula, sekiranya anda mahu menonton matahari terbit, anda mesti mendaki Bukit Panorama Lembing sebelum matahari muncul. Jadi, anda perlu membawa lampu suluh, jika tidak anda akan terjatuh ke lembah dalam gelap.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Informasi Penginapan Sungai Lembing
Lembin Village Resort Sungai Lembing

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.