Sunday, November 11, 2012

Cherry Blossom Mempesona Yeouido Seoul

Cherry Blossom

Selepas santapan petang di Myeongdong, kami menaiki subway ke Yeouido.

Gambar ini diambil pada April. Pada ketika itu, musim mekar cherry blossom (Sakura) di Seoul. Kami terbang ke Seoul dengan AirAsia, khas untuk menyaksikan cherry blossom.


Cherry Blossom

Kemahiran fotografi saya kurang baik. Walaupun banyak foto cherry blossom telah diambil tetapi tidak dapat menangkap pesona cherry blossom.

Kami pernah pergi ke Korea Selatan sebanyak tiga kali. Lawatan pertama, kami ke Korea Selatan semasa anak kami melanjutkan pelajaran di Seoul. Kunjungan kedua, kami menghadiri majlis tamat pengajian anak di Universiti Hanyang. Perjalanan kali ini, selain merayau di Seoul, kami juga mengembara di Pulau Jeju yang terletak di selatan Semenanjung Korea.

Sebelum ini, kedua-dua kali kami bercuti di Korea Selatan pada musim sejuk dan tidak berpeluang melihat cherry blossom berbunga. Kali ini, kami menjelajah di Seoul pada musim bunga dan sempat menikmati cherry blossom berkembang.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Coex Mall Samsungdong Seoul
Pelayaran Di Sungai Han Seoul
Pemandangan Menawan Hangang

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.