skip to main |
skip to sidebar
Walaupun rakyat
Malaysia membantah sekeras-kerasnya tentang isu Lynas, penghantaran nadir bumi
dari Australia Barat telah tiba di Pelabuhan Kuantan. Sebahagian daripada nadir
bumi itu telah dipindahkan ke Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan.
Menurut laporan media Malaysia, Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng akan mula beroperasi pada awal Disember.
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa menentang pembinaan Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng. Namun kerajaan BN mengabaikan pendapat awam dan luluskan permohonan Lynas Advanced Materials Plant.
Oleh kerana kerajaan BN tidak pedulikan hak kita, maka kita terpaksa menggunakan undi untuk menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang menjelang.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
714 Himpunan Menolak Lynas
Konsert Bersih Dan Anti-Lynas
Hotel Millennium
Terletak di sebelah Hotel Tai Hoe di Jalan Haji Abu Bakar, Hotel Millennium merupakan satu lagi hotel yang terdapat di Sungai Rengit.
Tel:07-8265781
Alamat:Jalan Hj. Abu Bakar, Sungai Rengit, Pengerang.
Hotel Let Seng
Hotel Let Seng terletak tidak jauh dari Hotel Tai Hoe di Jalan Besar, Sungai Rengit.
Tel:607-8263292/019-7077919
Alamat:No.72, Jalan Besar, Sungai Rengit, Pengerang.
Hotel Sin Hin
Terletak di Jalan Kurau di Sungai Rengit, Hotel Sin Hin tersedia dengan wifi dan penghawa dingin.
Tel:07-8263254/016-7806749
Alamat:343, Jalan Kurau, Sungai Rengit, Pengerang.
![Lapangan Terbang Antarabangsa KK](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjze8qEnRun2lEmxYOntyQq2yl1wa0z9BYesKsntiTN-_b6bpWOGeZqFGiqKEAcFeFo5opbe_wDfjuYetA6WcMOkNonuYxPvUQ1fH1oFuoGi2hdNzFV6HxXexLsdRsw8byfMOx8nyfkPQ/s320/KK+Airport+01.jpg)
Perkhidmatan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu terhenti ketika lampu landasan pendaratan rosak.
Lapangan tersebut ditutup dua malam berturut-turut setelah insiden itu berlaku.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia. Kerosakan lampu landasan pendaratan menyebabkan banyak penerbangan dibatalkan. Ribuan penumpang terkandas di lapangan terbang.
Kami bercuti di KK pada awal Oktober. Mujurnya perjalanan kami selesa dan selamat kembali ke rumah.
![Lapangan Terbang Antarabangsa KK](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRbg0CexXMe1ahV4mFzxC7LA3pb8o6l2J5GCn0qzXZ-QUWh2mxZwhhWPy7DXrIoXqwxa1T-14Qsicdc-6Jxzl1iGoNPVNC_2i6wTvWd_gvCVEBsH7e07u7obahEy3dbAF9E0S_CAV5BA/s320/KK+Airport+02.jpg)
Sekiranya anda tiada pengangkutan semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KK, anda perlu menaiki teksi ke hotel yang anda telah menempah. Kebanyakan hotel di KK terletak di pusat bandar. Tambang teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa KK ke pusat bandar KK sebanyak RM 30.
Sebelum menaiki teksi, anda harus membeli tiket di kounter teksi lapangan terbang. Selepas membeli tiket, keluar dari pintu laluan lapangan terbang untuk menaiki teksi ke KK.
![Lapangan Terbang Antarabangsa KK](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjs_-6MZSq-Uayvv_45OJIdRA5wUPHBlNbQPzNjSEYM8ARR1z9wJxA9o2kIcZz-B-pFoZbwJ-Lf-j_dQr4DcnTPV4lPCoaMdmia4Mb8kKA-hJOjybh0wLLk-9EQNwTB78JKWU8j0nt6RQ/s320/KK+Airport+03.jpg)
Seperti anda boleh lihat dari gambar, teksi lapangan terbang berwarna putih. Tunjuk tiket kepada pemandu teksi, dia akan membawa anda ke destinasi berdasarkan informasi tercatat di tiket.
Jika anda ingin menyewa kereta, informasi boleh didapati di sudut menyewa kereta. Terdapat beberapa syarikat menyediakan sewa kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa KK.
KK Leisure Tour And Rent A Car Sdn Bhd
Address: 14,Lot 7,Block A, First Floor, Asia City, 88000 KK
Contact: Terminal 1 (Mas) 088-413550, Terminal 2 (AirAsia) 016-8799136
KMT Global Rent A Car And Tours Sdn Bhd
Address: Wisma Sabah, Jalan Tun Faud Stephen, 88300 KK
Contact: 016-8865963, 016-8895963, 088-223022, 088-239963
Borneo Express Rent A Car And Tours Sdn Bhd
Address: No 9, Level 1, Terminal 2, KK International Airport
Contact: Terminal 1 (Mas) 016-8860771, Terminal 2 (AirAsia) 016-8860783
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ini Kali-Lah Angin Perubahan Sabah
Presiden PAS Hadi Awang
melontarkan ungkapan "Parti Syaitan" dalam ucapan dasarnya pada Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu.
Wartawan menyoal Hadi Awang apa yang dimaksudkan olehnya tentang "Parti Syaitan". Hadi Awang menyuruh wartawan bertanya bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad kerana "Parti Syaitan" merupakan ciptaan Mahathir Mohamad.
Hadi Awang tidak menyatakan mana parti politik berkaitan dengan syaitan. Beliau menegaskan bahawa siapa yang makan lada tahu pedasnya.
Seolah-olahnya terdapat Parti Syaitan di Malaysia. Patutlah lembu tinggal di kondominium mewah tetapi rakyat menetap di rumah kos rendah. Terlebih belanja bukan rasuah. Boleh jadi tidak terlebih belanja adalah rasuah.
Malayisa boleh, sememangnya bukan tidak berasas.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Chua Soi Lek Gemar Islam
Pemimpin PAS Mesra Rakyat
Nik Aziz Menyokong Mat Sabu
Kasut kayu kuning raksasa ini adalah benar-benar menarik perhatian. Tapak itu telah menjadi lokasi yang digemari oleh pengunjung Zaanse Schans mengambil gambar untuk kenangan manis.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kincir angin merupakan objek yang paling menarik di Zaanse Schans. Kasut kayu kuning raksasa ini seharusnya menduduki tempat kedua.
Penasihat DAP Lim Kit
Siang menegaskan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya,
kerajaan Pakatan Rakyat akan bertekad melawan rasuah berleluasa didapati di
Malaysia.
Saya menyokong Lim Kit Siang berhubung dengan pembasmian rasuah. Mereka yang bekerja keras mencari rezeki untuk membantu orang lain menternak lembu di kondominium mewah, tentu setuju pendapat Lim Kit Siang.
Terdapat orang yang dipelawa minum kopi dan berakhir dengan maut. Mungkin anda akan menimpa bencana yang tidak diingini bila-bila masa. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia seharusnya mengambil berat tentang peristiwa ini.
Demi memenuhi hasrat Lim Kit Siang dan masa depan diri sendiri, jangan lupa menolak kerajan yang tidak beramanah dalam pilihanraya umum ke-13.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Barack Obama dan Malaysia
Polis Bandar Melaka Melesap
UMNO Parti Politik Telur Busuk
Selepas santapan petang di Myeongdong, kami menaiki subway ke Yeouido.
Gambar ini diambil pada April. Pada ketika itu, musim mekar cherry blossom (Sakura) di Seoul. Kami terbang ke Seoul dengan AirAsia, khas untuk menyaksikan cherry blossom.
Barack Obama telah dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat selama empat tahun lagi. Beliau menang dalam pilihan presiden dengan menewaskan lawannya dari Parti Republican, Romney.
Kemanangan Barack Obama membuktikan Amerika Syarikat adalah untuk orang Amerika, bukan untuk sesuatu golongan orang yang tertentu. Bagaimana dengan Malaysia?
Walaupun Perdana Menteri Malaysia Najib Razak sedaya upaya memasarkan 1Malaysia tetapi kejadian seperti lembu menetap di kondominium mewah dan rakyat jelata mati selepas dipelawa untuk minum kopi menentang dengan konsep 1Malaysia.
Kebetulan Malaysia akan mengadakan pilihan raya umum ke-13, pengundi harus mencontohi rakyat Amerika Syarikat memilih kerajan untuk semua lapisan rakyat.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ambiga Membersihkan Udara Melaka
Bayaran Melebihi Bajet Bukan Rasuah
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
![Polis](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiE6F_X6JnO8NddwpoJelbyWtC5R44-p_-y6S-Tlo_OmB0h_CWf5OHVPw-lonO0-dyzyPfvAGbT1VpBfmPw682rCwfdDkGif6NOZU4zaPMlx4ljrbrYVxpSJM8JGo4UF6808FYVfZDz8g/s320/Police+01.jpg)
Seorang pelancong
Australia telah menjadi mangsa peragut ketika bercuti di Melaka bersama ibunya.
Mereka dalam ketakutan dan tidak ingin teruskan perjalanan di Melaka. Taylor (anak) menyatakan bahawa mereka berada di Melaka beberapa hari tetapi tidak bertemu polis sehingga melaporkan kejadian ragut di balai polis.
Saya rasa polis Asutralia mesti berkhidmat dengan berkuality dan melayan orang awam dengan baik. Jika tidak Taylor tidak akan mengatakan begitu.
Ketenteraman awam di Melaka semakin teruk. Tidak boleh dinafikan jenayah akan menjejaskan industri pelancongan Melaka dan menghalang pelancong melawat Melaka.
Orang Malaysia akan cabut secepat mungkin apabila jumpa dengan polis. Keadaan ini berlaku bukan kerana melakukan kesalahan tetapi disebabkan imej kurang baik pihak polis.
Apakah pendapat anda tentang sikap polis Malaysia? Malaysia bolehlah!
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Mengenal Buah Pokok Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Legenda Dataran Belanda Melaka
![Hotel Tai Hoe](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhB8Aj_TA7JidwRoKbLYvsqj4LIpuiWYQbL0cREkD3HFOicKoYd-pw1Xj3IgK9jh4ntMSOrcR2Z-8_o9ARtGQXNC6cpz0N9J_wpGPVWyIGSqyQG2QIvjUMOxusvtccs43WQ4lAhZHuUHQ/s320/Hotel+Tai+Hoe+01.jpg)
Jika anda ingin
mengecapi udang karang yang lazat, anda lebih baik bermalam di Sungai Rengit
untuk mengelakkan bahaya memandu pada waktu malam. Sebut tentang penginapan di
Sungai Rengit, Hotel Tai Hoe merupakan salah satu pilihan utama.
Sejak pencerobohan Taiwan Kuo Kuang Petrochemical Technology Co, Pengerang yang terletak di bahagian tenggara Johor, serta merta terdedah kepada seluruh dunia.
Pertubuhan alam sekitar berturut-turut muncul di Pengerang untuk menyokong penduduk setempat menentang perlaksanaan projek Kuo Kuang Petrochemical. Kehadiran mereka telah menghijaukan Pengerang yang akan jadi neraka setelah projek petrochemical itu diluluskan.
![Hotel Tai Hoe](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgS5Ww2QHpBE5SSdn7bvFuhA3Nsi26EWXMMjX3jzgSd1G48BkhAwm2phpYUc-Jp748PtMhkci_MMeughT7XHb_T2vliT7QQ8TPFa3qKAYQFJXyK3mgvYpAzZISLQmw7ZSYF61oZYsT5pA/s320/Hotel+Tai+Hoe+02.jpg)
Perjalanan udang karang pada bulan Mei, saya singgah di Hotel Tai Hoe. Gambar tidak membohong. Persekitaran Hotel Tai Hoe memang sunyi dan bilik tamu bersih serta selesa.
Selain Hotel Tai Hoe lama di Jalan Abu Bakar, terdapat Hotel Tai Hoe baru yang menghadap ke Laut Cina Selatan di Jalan Siakap. Tingkat bawah Hotel Tai Hoe baru ialah Restoran Super Lobster. Manakala tingkat bawah Hotel Tai Hoe lama ialah pasar mini dan kounter sambutan hotel juga boleh didapati di sana.
Tersedia dengan wifi, Hotel Tai Hoe disesuaikan untuk memenuhi keperluan golongan tunduk atau generasi skrin berhubung dengan dunia. Di samping itu, pemandangan laut indah dan bilik tetamu yang selesa pasti dapat menawan hati pengunjung Pengerang.
Contact: Max Lai/Debra Yeong
Telephone: 07-8263855/019-7988636/019-7636266/013-7504400
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Bandar Maharani Muar Johor
Sekolah Menengah Chung Hwa
Kopitiam 434 Sai Kee Muar Johor
Dalam perjalanan saya
di KK Sabah, selain bersiar-siar dan memburu makanan, saya juga mengesan
peralihan angin politik di "Tanah Di Bawah Bayu".
Merayau di KK selama tiga hari dan dua malam, saya cuba memahami gaya hidup rakyat Sabah. Menyebut tentang harga komoditi dan keadaan politik, orang ramai KK sebulat suara tidak puashati terhadap pihak pemerintah.
Mendengar orang tua menceritakan peristiwa bekas Ketua Menteri Sabah, selok-belok mereka sungguh menarik dan mengagumkan.
Menurut informasi yang saya menerima, BN Sabah juga memberi gula-gula tetapi angin perubahan terlalu kencang terutama di kalangan penghuni Cina di kawasan bandar.
Keputusan tidak akan diketahui sebelum peti undi dibuka.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Bersantai Di Pekan Sekinchan
Pekan Sungai Lembing Pahang
Pekan Udang Karang Sungai Rengit
![Sungai Lembing](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjS2UtQJvBlMdpAjLLFQKADZPfjxl-xWvd-I1OGQ2E1WZu8L4YkmLuCxkI08gG6Y5O2mQH0w1RUOIjeMxwF5VQIn4uLRGfCCXfiOGI5udgerBj-Cxlae3h-KgMhwJgiP8pAUHW2FWPNlA/s320/Sg+Lembing+02.jpg)
Melawat Sungai Lembing pada musim puncak, anda harus menempah hotel terlebih dahulu. Jika tidak anda akan menghadapi masalah penginapan di Sungai Lembing.
Sungai Lembing agak juah dari bandar yang terdekat. Perjalanan pergi balik mengambil beberapa jam. Sekiranya anda tiada tempat bermalam, anda terpaksa meninggalkan Sungai Lembing. Memandu di jalan sempit dan bengkang bengkok pada waktu malam, anda perlu cekap dan berhati-hati.
![Sungai Lembing Rest House](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2KW8TYYb8tMsT6AS86nS9hkwk7b5e_Uf_LdWXVlJ-TDPvmFdShORFaLApRa63LKrp-yLj-KkJwD0qtIT2GqvpJsysYsPlPky4bTu9kXlIuulOvWljtAf70V8arfsU7Fq2Yf8g3eShzg/s320/Lembing+Rest+House+01.jpg)
Selain Country View Inn dan Lembin Village Resort, Sungai Lembing Rest House merupakan satu pilihan bersinggah di Sungai Lembing.
Sungai Lembing Rest House terletak di pekan Sungai Lembing tetapi bangunan telah usang. Kalau anda tidak kisah tarikh pembinaan, anda boleh membuat keputusan berinap di Sungai Lembing Rest House.
Hubungi: 012-9009622/019-9062193/019-9040389/012-9009622
Sebelum masuk ke pekan Sungai Lembing, anda akan nampak Sungai Lembing di sebelah kanan dan Tiara Atstari Guest House di sebelah kiri anda.
Hubungi: Jaludin (013-9278305), Noorhanita (019-9875345)