skip to main |
skip to sidebar
![Country View Inn](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBCiC3lr4jPORg09VvJAlW0t40p9kj2Fg7W7hd4oh9wIOgRkj5bHHbdsnB_ZOlAtXTNSWHHaNidUImmj2_bZPjOyN30sQ2cZBO6PjIQIu_qAiyaz4QR8ND58gfvq0-tQFlaK-zPWHjpw/s320/Country+View+01.jpg)
Country View Inn
terletak di persimpangan Jalan Pasar dan Jalan South Main, Sungai Lembing.
Ketika kami bercuti di Sungai Lembing, kami singgah semalam di Counry View Inn. Kebetulan medan selera Sungai Lembing berada di hadapan Country View Inn. Pasar Sungai Lembing dan SJKC Lembing juga berhampiran dengan Country View Inn. Terdapat beberapa buah pasar mini di sepanjang jalan utama Sungai Lembing.
![Country View Inn](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCd5w7qWuBbisd0KN5FNF5LQEiCXEzuLHBBP0FUYgeI3jUkSuX-VEA9kTEDz6a7G5nhiUAHB35MzQl8wIxqWq9a_sbaYwJ3SWPgn4yLbyFH9y-pFPhx72JoZKeYmvIZpvgXDrw7zxYlg/s320/Country+View+02.jpg)
Country View Inn merupakan sebuah banguan bertingkat tiga. Terdapat dua buah bilik tetamu dan beberapa buah bilik mandi di tingkat bawah.
Ini foto bilik tetamu tunggal di tingkat kedua. Bilik tetamu ini sesuai untuk pengunjung berkeluarga. Tetapi agak sayangnya tiada bilik mandi di dalam bilik tetamu ini. Keadaan akan menjadi lebih selesa jika ada bilik mandi dalam bilik tetamu ini.
Selain itu, tingkat kedua Country View Inn memiliki sebuah ruang tamu. Anda boleh berehat, berbual, membaca atau menonton rancangan TV di ruang tamu.
Sebuah peti sejuk dan air minuman tersedia oleh Country View Inn. Ini terbukti pemilik Country View Inn sungguh mesra pelanggan.
![Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwQKtL3VZO7OKJv6GxiUgMs8CQ_fPtO9Bb6-2LV_IIZG893T1371sbN5BVXAFQ9pNgJj8ZFXxyjSDRy1K2NXa1fgKYkWYHbeV_52qbGRYQUUBcjHDWumBzLkhe2k3gst_gtNnJ5GQXBA/s320/Schiphol+Airport+01.jpg)
Selepas 12 jam
penerbangan jarak jauh, pesawat MAS mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang
Schiphol Amsterdam, Belanda.
Terletak 15 km dari pusat bandar Amsterdam, Lapangan Terbang Schiphol merupakan tempat asal pesawat KLM Belanda. Lapangan Terbang Schiphol bersambung rapat dengan bandar Belanda lain seperti Hague, Utrecht and Rotterdam.
Terdapat beberapa pilihan untuk anda pergi ke bandar-bandar tersebut dari Lapangan Terbang Schiphol. Antaranya ialah menaiki bas, kereta, kereta api atau penerbangan domestik.
Kebanyakan hotel di Amsterdam menawarkan perkhidmatan pengangkutan pergi dan balik dari hotel ke lapangan terbang. Lapangan Terbang Schiphol hanya 20 minit memandu ke Amsterdam. Anda sama ada boleh bertolak dengan teksi atau keretapi. Tambang teksi sebanyak 42 Euro dan tambang ketera api pula berhaga 4 Euro.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ekspo Matta Melaka Mitc 2012
Berlepas Ke Eropah Bersama MAS
Melancong Di Mutiara Timur Hong Kong
Terbang Bersama Air Asia Ke Korea Selatan
Pada malam kedua kami
bersinggah di Suwon, kami makan malam di Restoran Maio Maio. Restaron Maio Maio merupakan sebuah restoran Itali yang terletak di tingkat tertinggi di Plaza AK di Suwon Station.
Salad buah-buahan ini salah satu hidangan yang anak kami memesan. Sungguh enak rasanya salad buah-buahan ini. Bahan-bahan salad buah-buah terdiri daripada kiwi, oren, tauge, nanas, pisang, belimbing, kubis Cina dan tomato mini.
Sajian kedua makan malam kami ialah pasta makanan laut. Rasa pasta makanan laut ini berbeza dengan pasta yang isteri saya masak. Sebagaimana terpapar dalam foto di atas, ramuan pasta makanan laut termasuk timun, udang, sotong, brokoli dan hirisan tomato.
Selepas minum kopi di Caffe Bene, kami membeli-belah di Youngtong Grand Mart.
Masuk ke Youngtong Grand Mart, jurujual menyambut kami dengan senyuman manis. Kami tidak faham apa yang disebutkan oleh mereka. Kemungkin mereka mengatakan selamat datang dan selamat membeli-belah.
Anak kami membeli sebungkus strawberi, beberapa pear kristal, sebungkus serbuk moka, dua tin beer Korea Selatan, sekotak teh buah-buahan dan sekotak teh kekwa Lipton. Saya dan isteri membeli sehelai jaket hitam masing-masing.
Untuk artikle berikutnya yang berhubung dengan perjalanan di Korea Selatan, saya akan cerita tentang makan malam di restoran Itali di Suwon.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Merasa Ladu Kimchi Di Suwon
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Impian Jutawan Menjadi Kenyataan
Pada perayaan berkembar
iaitu Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, saya dan isteri pergi
ke Sekinchan untuk menikmati makanan laut yang enak.
Saya masih sibuk meskipun telah lama pencen. Di samping menaip artikel blog sebagai urusan harian, saya perlu melakukan kerja tambahan untuk menyara hidup selepas bersara. Itulah sebabnya saya menyiapkan artikel ini selepas melawat Sekinchan setahun dulu.
Sekinchan terletak di selatan Daerah Sabak Bernam di bahagian utara Selangor. Pekan ini terkenal dengan industri perikanan dan pengeluaran padi. Pemandangan sawah padi dan pelabuhan perikanan Sekinchan sungguh menawan.
Kini, Sekinchan berjaya menjadi lokasi popular untuk penggambaran filem dan drama televisyen.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kolej New Era Kajang Selangor
Kenangan Di SJKC Yu Hua Kajang
Saya dan isteri melarikan
diri dari Malaysia dan merantau di Eropah Barat selama beberapa hari pada cuti
Hari Raya Aidilfitri.
Berikutan melancong ke Jeju dan Seoul di Korea Selatan pada April, kami mengucap selamat tinggal kepada kehidupan berkulat dan berkemas untuk merayau sekali lagi.
Kami mengubah destinasi perjalanan dari Asia ke Eropah bagi pelarian bab ini. Lawatan 10 hari 7 malam meliputi Belgium, Belanda dan Perancis.
![A Samad Said](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgt5WnrRWyDUx6l5sF-czQReaQ9_Izq4W6R7xcipeYJcjrxy4KdVHoyfmnShY4VSj-ai2e3s_zmpAFAJqVi5gI9iDq9xpnt2O0GcGiSvF3OfYkMZA3bA7hY7SwlgSf5GXEHKWnpKtbqWQ/s320/Samad+Said+01.jpg)
Pengerusi Bersama
Bersih A Samad Said merupakan salah seorang tetamu kehormat yang muncul di Konsert Bersih dan Anti-Lynas Melaka pada 13 Julai.
A Samad Said ialah seorang penyair dan novelis Malaysia yang terkenal. Beliau telah dianugerahkan berturut-turut demi karya sastranya yang cemerlang. Antara pencapaian luar biasa beliau termasuk Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara (1985) and Sasterawan Nusantara (1999).
Selain daripada pengiktirafan dalam bidang sastera, A Samad Said juga dikurniakan "Datuk" oleh Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 1997. "Salina", novel A Samad Said yang paling popular telah disiapkan dalam tahun 1958 dan diterbit oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1961.
Oleh kerana tidak puas hati terhadap Barisan Nasional, A Samad Said berazam untuk menyertai Bersih dan dan terlibat secara aktif dalam gerakan sosial sejak 2011.
Malah cendekiawan juga membantah kerajaan, terbukti transformasi BN telah ditolak oleh rakyat Malaysia.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Panda Malaysia Altantuya Dan Scorpene
Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap
Pencegah Pengundi Hantu Hishamuddin Rais
Bekas Pawagam Lido dibakar hangus api sebelum Hari Raya Aidilfitri. Kejadian tersebut berlaku pada larut malam.
Seluruh bangunan telah musnah dalam seketika.
Disebabkan kemerosotan industri filem pada tahun 80an, teater ini dijadikan Emporium Lai Lai. Kemudian berubah lagi sebagai Supermarket Khelass.
Ekspo Matta Melaka diadakan pada 31 Ogos hingga 2 September di Malacca International Trade Center (MITC).
Pameran pelancongan Matta adalah satu acara pelancongan tahunan yang disokong dengan meluas oleh agensi-agensi pelancongan dan orang awam yang gemar melancong. Ekspo tersebut menyediakan pelbagai pakej cuti dan melancong ke seluruh dunia di satu tempat.
Malacca International Tourism Show and Malaysian Association of Tour and Travel Agents bekerja sama menganjurkan pameran pelancongan ini. Masa melawat ke Ekspo Matta adalah dari 10.30 pagi hingga 9.30 malam. Menteri Pelancongan Ng Yen Yen dan Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam diundang untuk merasmikan pameran pelancongan itu.
Pengunjung pameran merebut-rebut produk pelancongan menarik yang ditawarkan oleh agensi
pelancongan.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Melancong Di Mutiara Timur Hong Kong
Terbang Bersama Air Asia Ke Korea Selatan