Thursday, July 7, 2011

Sistem Pemanasan Rumah Tradisional Korea Selatan

Sistem Pemanasan Hanok

Tahukah apa benda dalam foto di atas?

Korea Selatan merupakan sebuah negara yang terdapat empat musim. Suhu pada musim sejuk adalah bawah sifar dan amat sejuk. Kini, pelbagai ukuran masin pemanasan boleh didapati. Anda tidak perlu risau akan beku dalam musim sejuk.

Bagaimanakah orang Korea Selatan memanaskan badan di rumah pada masa dahulu?

Orang Korea Selatan tidak sama seperti orang barat yang membakar kayu api di ruang tamu. Mereka menggali lubang di bawah lantai papan dan membakar kayu api untuk memanaskan udara dalam bangunan.

Sekiranya anda pernah berkunjung ke hanok, maka anda tentu perasan rumah tradisional Korea Selatan tidak tinggi. Sebab membina hanok rendah bertujuan mengekalkan haba tanpa membakar terlalu banyak kayu api.

Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Permainan Tuho Kampung Hanok
Tanglung Tradisional Korea Selatan


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.