Saturday, July 23, 2011

Keghairahan 709 Lim Hong Siang

Lim Hong Siang

Saudara Lim Hong Siang yang berucap dalam Ceramah Berkongsi Pendapat Perhimpunan 709 merupakan pengarang Merdeka Review terbitan Bahasa Melayu.

Setelah mendengar ucapan saudara Lim yang amat mengharukan, saya yang kurang berminat dalam politik berasa sungguh segan. Beliau berulang kali menegaskan bahawa orang ramai yang berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai, terdiri daripada golongan yang mencintai keamanan dan demokrasi.

Mereka ingin menyebarkan hasrat ke seluruh dunia tentang kempen membersihkan sistem demokrasi Malaysia. Kempen bersih yang mereka mengutarakan itu harus dilaksanakan dengan secepat mungkin supaya dapat memastikan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan bahagia dan aman sentosa.

Bukankah kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO itu kerajaan yang mengamalkan pentadbiran demokrasi?

Nampaknya pengertian sistem demokrasi Malaysia harus ditafsir semula!

Artikel Berkaitan
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia
Pakaian Berwarna Kuning Diharamkan Di Malaysia


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.