Thursday, June 23, 2011

Menteri Pelancongan Malaysia Ng Yen Yen Terasa Pedas

Cuti-Cuti Malaysia

Babak Kementerian Pelancongan Malaysia membiayai 1.8 juta untuk membina laman peminat Facebook sungguh menakjubkan dan masih berterusan.

Menteri Pelancongan Dr Ng Yen Yen yang terbabit dalam sandiwara Malaysia telah diarah memberi penerangam dalam Kabinet. Beliau menyatakan bahawa Kabinet telah menerima penjelasannya. Rakan sekerjanya Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai mempercayai isu laman peminat Facebook merupakan agenda politik Pakatan Rakyat.

Sebenarnya Dr Ng Yen Yen tidak memahami senario politik di Malaysia. Sebagai seorang Menteri Kerajaan Malaysia, Dr Ng Yen Yen seharusnya membuat kajian tentang pembentukan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat.

Sebarang peruntukan yang terlibat dengan wang hasil titik peluh rakyat adalah kepentingan awam. Sekurang-kurangnya, sama ada Kabinet atau Dr Ng Yen Yen patut mengumukan maklumat Impact Creations supaya dapat menghilangkan keraguan orang ramai.

Artikel Berkaitan
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Muhyiddin Yassin Menyokong Revolusi Jasmin
1Malaysia Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.