Saturday, March 26, 2011

Peta Dan Maklumat Lapangan Terbang Incheon

Peta Lapangan Terbang Incheon

Sekiranya anda berkunjung ke Korea Selatan tanpa pemandu pelancong, anda harus membuat persiapan sebelum berlepas. Kalau tidak perjalanan anda akan tamat dengan kekecewaan dan kenangan sedih.

Apabila anda tiba di aras ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, mencari papan kenyataan yang mempamirkan peta lapangan terbang untuk menentukan lokasi anda.

Jikalau anda memerlukan sebarang bantuan, berasa selesa ke kaunter maklumat. Gadis-gadis Korea Selatan yang bertugas cantik dan bersopan. Mereka ingin memastikan anda berselesa semasa melancong di Korea Selatan dan membawa kembali kenanga manis. Tidak menjadi masalah berinteraksi dengan mereka kerana mereka fasih bertutur Inggeris.

Korea Selatan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia. Anda boleh menaiki bas atau komuter dari Lapangan Terbang Antarabangs Incheon ke ibu negara Korea Selatan, Seoul. Ia mengambil sekitar sejam dengan menaiki bas dari Lapangan Terbang Antarabangs Incheon ke Seoul.

Bas Lapangan Terbang akan tiba di kawasa penumpang menunggu bas setiap 20 minit. Saya dan isteri menaiki bas yang bernombor 6015 ke Seoul. Tambang bas sepuluh ribu Won setiap orang.

Artikle Berkaitan
Everland Theme Park Korea Selatan
Winter Sonata Pulau Nami Korea Selatan
Terbang Bersama Air Asia Ke Korea Selatan


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.