Monday, January 10, 2011

Pantai Sokcho Korea Selatan

Pantai Sokcho
Kota Sokcho terletak di Daerah Gangwon di bahagian timur laut Korea Selatan. Lokasi kota Sokcho berhampiran dengan Laut Timur di pantai timur Semenanjung Korea.

Mt. Sorak merupakan satu destinasi pelancongan popular yang berdekatan kota Sokcho. Sekiranya tidak kesuntukan masa, pelawat Mt. Sorak biasanya juga bersinggah di kota Sokcho.

Pantai Sokcho
Pantai Sokcho adalah salah satu pantai Korea Selatan yang patut dikunjungi. Langit biru, pasir putih dan air jernih pantai Sokcho sungguh mempesona.

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di pantai Sokcho seperti tapak perkemahan, bilik mandi, tempat letak kereta dan penginapan yang selesa. Pantai Sokcho dibanjiri pengunjung semasa Pesta Matahari Terbit pada 1 Januari setiap tahun.

Artikel Berkaitan
Istana Deoksu Korea Selatan
Everland Theme Park Korea Selatan
Menara Hanbit Taman Ekspo Sains Daejeon


2 comments:

  1. Banyak tempat-tempat menarik di korea selain busan dan seoul. Cuma komunikasi agak sukar kerana penduduk tempatan menggunakan bahasa mereka sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya tidak menjadi masalah sebab saya boleh bertutur dalam Inggeris and Mandarin.
      Oleh kerana Korea Selatan amat mementingkan industri pelancongan, Lembaga Pelancongan Korea Selatan menempatkan pemandu pelancong yang mampu bertutur Jepun, Inggeris dan Mandarin di tarikan pelancong.

      Delete

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.