skip to main |
skip to sidebar
![Malaysia Memerlukan Perubahan](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjk0BK4BboWb23kErC4qkqC6LkZkegxu_bfFYJgzqpvQzKbqLaRdMTZx-znkw2CEn8HeVHxrTNn9PYJgQHQ9A6cgt3qH9-hT9pYYtxC97uELFDOlTBhDITVzrWNXQ613gyWu09M3LnT5A/s320/Gai+Bian+01.jpg)
BN telah memerintah Malaysia lebih daripada 50 tahun. Bagaimana prestasi pemerintahan BN? Rakyat Malaysia memang tahu jawapannya. 308 tsunami politik membuktikan kehebatan BN memerintah Malaysia selama ini.
Ahli politik ingin bermain apa sandiwara tidak menjadi masalah. Yang penting rakyat jelata dapat hidup dengan bahagia dan harmoni. Tetapi dalam masa BN memerintah Malaysia, defisit kewangan makin meningkat.
Kebanyakan rakyat hidup dalam kesengsaraan. Terutama rakyat daripada golongan yang berpendapatan rendah. Rungutan rakyat melambung tinggi seperti ombak tsunami.
![Kebebasan Bersuara](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFDHNGmQdg0Do8qdJkyJ4pEowqR10Y-b5wJ2OMUwPHd0QvdK5hIQ5hsmpt0GBPUe_lDgfHRzHGXAt6sxHrWNpZbwn34FLO7b5hvCONDSWHvFcFBV7YpNsS7I8Qiuynoi3Mi-edEPwj-A/s320/Min+Zhu+01.jpg)
Aung San Suu Kyi bertungkus-lumus untuk membebaskan Myanmar. Beliau telah di bawah penanhanan dalam rumah oleh kerajaan tentera Myanmar bertahun-tahun. Baru-baru ini, beliau dilepaskan. Setelah mendapat kebebaskan, beliau memberi ucapan yang bertajuk "Demokrasi adalah kebebasan bersuara".Oh, begitu! Demokrasi adalah kebebasan bersuara. BN menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik. Adakah rakyat jelata Malaysia bebas untuk menyampaikan ucapan? Ini benar-benar menarik!
![Wang Hasil Titik Peluh](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5haV85O3SEZxOclwfGXJSRYczbkVBTWTIxgu76TGgIFOiNHWyn1Ypy9F6APumeGCsgTAZXPSYopwN-usEApYyuueQQBkkToMs_f4MANN5m2pcPE96sJE11ZIyVH6IZtJEwPXuFAwyFQ/s320/Xue+Han+Qian+01.jpg)
DAP Melaka telah menganjur satu forum berhubung dengan belanjawan kewangan 2011 pada 27 Oktober. Tajuk forum tersebut ialah "Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap ?"![Liew Chin Tong](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiU1-BN9bnMTd3xGIwAlXjWEqrEeBFJ6Zv1Crorw7LWEFWbZeMjY5lspWDMYVhEdYGsJNjJFtDfK6sNPI94FO24qvBZcuPydq1go_cje8Tr73zqId7Ai6kj4zI73sPAv35dbfeI211k6A/s320/Liu+Zhen+Dong+01.jpg)
Ahli Parlimen Bukit Bendera Penang Liew Chin Tong merupakan salah seorang penceramah terhormat. Beliau mengutuk kerajaan BN habis-habisan. Para hadirin sungguh gembira dan bertindak balas dengan tepukan gemuruh. Liew Chin Tong berpendapat bahawa untuk menguruskan kewangan negera dengan sempurna, Kementerian Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan harus di asingkan. Beliau bermaksud Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak patut orang yang sama. Dr Mahathir menyandang dua portfolio ini sejak beliau berkuasa. Defisit kewangan yang makin teruk membuktikan pro dan kontra Perdana Menteri bertugas merangkap Menteri Kewangan. Ahli Parlimen Jelutong Penang Jeff Ooi berpolitik sambil berhibur. Beliau berucap taniah kepada orang Melaka sebagai rakyat negeri maju. Jeff Ooi mendedahkan bahawa setelah bekas Menteri Besar Selangor kerajaan BN Mohamed Khir Toyo mengisytiharkan Selangor sebagai negeri maju, Selangor jatuh ke dalam tangan PR semasa pilihan raya umum pada Mach 2008. Ketua Menteri Melaka Mohamad Ali Rustam juga mengumumkan Melaka sebagai negeri maju. Adakah Melaka akan mengikut jejak Selangor menjadi tawanan PR pada pilihan raya umum akan datang? Ia, sungguh menarik!
![Pekerja Everland Theme Park](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUxbPBeA0cBz35Ljkw3odRRbiiU9W192jgWLiObFU26TnmZhUlgxBI1P2VDd6FM00qzaD4cOPnjOQOk3NMWfA5uRQUd9DoI_sMBrKT406jcYExCHNWp8BiwSJhEkUJUw9tKGgKoyZXAw/s320/Caring+Korean+01.jpg)
Lelaki Korea Selatan ini sedang sibuk membersihkan salji di tanah. Dia ialah seorang pekerja Everland Theme Park Korea Selatan. Jalan-jalan di dalam Everland Theme Park akan diliputi dengan salji semasa musim sejuk. Anda harus berhati-hati kerana jalan-jalan tersebut basah dan licin. Pekerja Everland Theme Park yang prihatin akan bertungkus-lumus membuang salji untuk memastikan keselamatan pengunjung. Saya masih ingat bahawa seorang wanita terpeleset di tanah yang licin. Dia mengeluh punggungnya sakit sepanjang lawatan di Korea Selatan. Sekiranya anda tidak memiliki kehidupan musim sejuk, anda perlu memakai kasut dengan tapak geseran baik semasa mengunjung Korea Selatan pada musim sejuk.