Thursday, July 15, 2010

Pekan Sungai Jerik Maran Pahang

Pekan Sungai Jerik
Pekan Sungai Jerik terletak di Maran, Pahang. Pekan ini dikelilingi hutan dara dan ladang kelapa sawit.

Enam penyelamat telah meninggal dunia selepas menyelamatkan seorang mangsa lemas. Punca kematian mereka ialah penyakit aneh. Peristiwa ini berlaku di air terjun yang tidak jauh dari pekan Sungai Jerik.

Sekiranya anda bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuantan, membelok ke kiri dan menuju ke Felda Jengka 2 sebelum tiba di Maran. memusing ke kanan apabila anda berada di simpang T. Jarak Pekan Sungai Jerik dalam 5 minit memandu dari situ.

Pekan Sungai Jerik

Pada awal 80-an, saya diposkan ke SJKC Jerik sesudah tamat latihan di Maktab Perguruan. Saya berkhidmat di sekolah tersebut selama dua tahun.

Pekan Sungai Jerik
Gambar ini merupakan pekan lama Sungai Jerik. Penduduk tempatan menamakan pekan lama Sungai Jerik sebagai Tong Keat. Hanya terdapat dua baris rumah papan di sepanjang jalan. Tiada bekalan air paip dan elektrik pada 80-an di pekan lama Sungai Jerik.

Pekan Sungai Jerik
Saya berkunjung ke Kuantan pada 2006. Dalam perjalanan ke Kuantan, saya singgah di Pekan Sungai Jerik. Saya terkejut ketika ternampak pekan baru Sungai Jerik. Pekan baru Sungai Jerik dibina 1 km dari pekan lama Sungai Jerik. Perbezaan di antara pekan baru dan pekan lama sungguh besar.

Pautan Berkaitan
Pasar Tani Temerloh
Legenda Pokok Melaka
Bukut Bendera Resort Mentakap

8 comments:

  1. salam...
    Saya berasal dr jengka 6 dan bersekolah di jengka 2..memang selalu sgt pergi pekan tong kiat ni..beli baju raya & gunting rambut masa bebudak dulu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Pernah stay kat Tong Kiat, 2008/2009. Kerja Kuari. Makan kat RS Restaurant.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semasa saya mengajar di Sungai Jerik, hanya dua deret rumah papan saja.
      Tetapi kini, Sungai Jerik sudah menjadi sebuah pekan sederhana yang ada pelbagai kemudahan asas.

      Delete
  4. hai cikgu zui yanhong, saya tengok post u, nak tanya pasal salak di sungai jerik, cikgu tau ke lokasinya, boleh share dengan saya? rubie www.wasap.my/+60176968535.

    ReplyDelete
  5. harap cikgu yanhong dapat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh menyesal kerana saya tidak dapat membantu kamu.
      Berhubung dengan salak, saya sendiri tidak tahu kerana hanya berkhidmat selama dua tahun di SJKC Jerik, ia-itu pada tahun awal 80 puluhan.

      Delete

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.