Saturday, June 19, 2010

Sukan Malaysia Ke-13 2010 Bahagian 2

Pusat Akuatik Hang JebatSelepas keluar dari Politeknik Merlimau, saya memandu menuju ke Kompleks Sukan Hang Jebat di Krubong, Melaka. Gambar terpapar di atas merupakan Puast Akuatik Hang Jebat. Acara renang dan terjun Sukma Ke-13 dilangsungkan di sini.

Pusat Akuatik Hang Jebat
Pusat Akuatic Hang Jebat bertaraf Sukan Olimpik. Terdapat 10 lorong renang berpanjangan 50 meter di Pusat Akuatic Hang Jebat. Sebelah kiri dan kanan ialah tempat duduk penonton. Bahagian depan dan belakang ialah platform terjun dan papan skor elektronik.

Pusat Akuatik Hang Jebat
Papan skor elektronik yang canggih memaparkan keputusan dengan serta-merta. Acara pertandingan, lorong renang, nama peserta, negeri, masa dan kedudukan dipaparkan dengan jelas.

Pusat Akuatik Hang Jebat
Platform terjun berhadapan dengan papan skor elektronik. Acara terjun pada hari itu ialah 1 meter papan anjal. Ketika saya tiba di Pusat Akuatik Hang Jebat, acara terjun tersebut telah tamat.

Acara renang Sukma Ke-13
Peserta acara 4x100 rampaian wanita bersiap sedia untuk berlumba.

Acara renang Sukma Ke-13
Peserta lelaki acara kuak lentang sedang berenang menuju ke garisan penamat.

Acara renang Sukma Ke-13
Pemenang acara 100 meter kuak lentang wanita sungguh gembira semasa sisi penyampaian hadiah. Mereka terdiri daripada Johan Chan Kah Yan (Wilayah Persekutuan), Naib Johan Loo Hei Di (Selangor) dan Tempat Ke-3 Cheng Karmen (Perak).

Pautan Berkaitan :
A Famosa Melaka
Stadhuys Belanda Melaka
Piala Dunia FIFA Afrika Selatan


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.