Tuesday, December 22, 2009

Perarakan Hari Natal Perth

Perarakan Hari Natal Perth
Saya dan keluarga melancong ke Australia Barat pada 2002. Semasa berada di Australia, kami berpeluang menyaksikan perarakan hari Natal di Perth.

Pada petang hari itu, kami pergi ke Murray Street Mall dan Hay Street Mall untuk membeli belah. Walaupun perarakan tersebut bermula pada pukul 7 malam, mulai pukul 2 petang orang ramai berpusu-pusu ke pusat bandar Perth. Setelah membeli hamburger dan minuman tin, kami beredar ke kaki lima pusat beli belah untuk mencari tempat yang mempunyai pandangan baik. Sememtara menunggu perarakan bermula, kami menikmati hamburger Perth di kaki lima pusat beli belah.


Perarakan Hari Natal Perth
Pada waktu senja, sepanjang kedua-dua belah jalan telah penuh sesak dengan orang ramai. Mereka menunggu ketibaan pasukan perarakan dengan sabar dan tidak merebut-rebut. Saya sungguh kagum terhadap penduduk Perth yang amat berdisiplin. Tiba-tiba terdengar sorak-sorai dari jauh, pasukan perarakan yang ditunggu-tunggukan itu akhirnya pun muncul. Kereta yang dihiasi dengan lampu terang-benderang bergerak dari jauh ke dekat. Para pelancong dan pendudukan Perth bersenang-senang dalam suasana Krismas.

Apabila perarakan berakhir, Perth kembali sunyi seperti biasa. Dalam perjalanan pulang ke Hotel, kami mendapati bahawa tiada sampah sarap di sepanjang jalan. Keadaan ini menggambarkan penduduk Perth sangat mencintai kebersihan tempat kediaman mereka.

Pautan berkaitan
Video Perarakan Hari Natal Perth (1)
Video Perarakan Hari Natal Perth (2)

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.