Saturday, October 17, 2009

Biskut Berwarna-Warni

Biskut Berwarna-Warni
Saya membeli biskut berwarna-warni ini di sebuah kedai biskut di Muar.

Sebelum Pesta Tanglung, Saya bersama isteri pergi ke Muar untuk membeli kuih bulan. Semasa saya masuk ke kedai tersebut, saya terkejut apabila melihat biskut berwarna-warni ini terletak di atas rak.

Biskut berwarna-warni ini mengingatkan saya zaman kanak-kanak saya. Biskut ini dibahagikan kepada dua bahagian. Lapisan bawah merupakan biskut rangup dan lapisan atas ialah gula yang manis. Ketika saya masih kecil, saya makan biskut rangup terlebih dahulu barulah menikmati gula yang manis.

Seperti sama dengan membaca komik Crayon Shin-Chan, setelah makan biskut berwarna-warni ini seolah-olah masa telah kembali ke zaman kanak-kanak. Kedua-dua perkara ini sungguh kebetulan.

6 comments:

  1. Bisluit ini di Indonesia banyak lho :D

    ReplyDelete
  2. masa kecik2 dulu suker makan biskut ni...tp makan bunga ajer...biskut buang...hehe

    ReplyDelete
  3. ape ek name biskut ni...

    yg gule die tu manis gile.huhuu

    ReplyDelete
  4. saya juga sama... dulu waktu masih kanak-kanaksuka beli biskuit ini... tapi yang dimakan gulanya saja... :)

    ReplyDelete
  5. seri masih ingat biskut bunga nie. sampai sekarang masih suka makan. dah berpuluh tahun masih bertahan cuma biskut kapal dah tak pernah jumpa.

    ReplyDelete
  6. da lame tak makan biskut nie. tau xpe. pasti gulanya dimakan biscut dibuang.
    hehee.

    ReplyDelete

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.