Kolej Komuniti Merlimau, Melaka terletak hanya beberapa minit jarak berjalan ke pekan Merlimau. Kolej ini menawarkan pelbagai pengajian untuk pelajar dan ditadbir oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Gambar ini diambil di kantin Kolej Komuniti Merlimau. Gadis yang dalam gambar ialah seorang pelajar Kolej Komuniti Merlimau. Pelajar ini bernama Nurazwin Bt Mohd Razuki. Sebelum bertemu bual dengan Nurazwin, saya ingat dia bos kantin. Menurut Nurazwin, dia seorang pelajar Program Akuantan Dan Pengurusan Perniagaan Kolej Komuniti Merlimau yang sedang menjalankan praktikal di kantin.
Disamping menyediakan kursus untuk pelajar, Kolej Komuniti Merlimau juga membekalkan program kepada orang dewasa yang bekerja dan besara. Yuran yang di tetapkan ialah RM5 hingga RM20. Sijil penyertaan akan diberi kepada peserta yang tamat latihan. Sila hubung 06-2631616 untuk maklumat selanjutnya.
NICE INFO ... by ICT ADMIN KKJASIN (shahril@kkjs.edu.my)
ReplyDelete