Saya pergi ke Singapura bersama isteri pada minggu lalu. Kami berada di Singapura selama 3 hari 2 malam. Semasa di Singapura, kami berinap di Hotel South East Asia yang terletak di 190 Jalan Waterloo, Singapura.
Jalan Waterloo sentiasa dibanjiri pelancong pada waktu siang dan malam. Secara kebetulan samasa kami melawat Singapura, masyarakat Jalan Waterloo menyambut Perayaan Duan Wu 2008. Aktiviti Perayaan Duan Wu diadakan mulai 29 Mei hingga 8 Jun.
Jalan Waterloo terang benderang pada waktu malam. Terdapat gerai-gerai menjual kuih chang sepanjang Jalan Waterloo yang berhampiran dengan Hotel South East Asia.
Saya tidak dapat menentang kelazatan kuih chang lalu memberi dua biji kuih chang. Saya menikmati kuih chang itu bersama isteri di bilik Hotel South East Asia. Kami sambil makan kuih chang yang sedap itu sambil minum teh lipton.
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.