skip to main |
skip to sidebar
Chunghwajeon (Bangunan Belakang) Chunghwajeon terletak di bahagian tengah Istana Deoksu. Ia merupakan tempat untuk mengadakan upacara diraja pada zaman dahulu. Raja Dinasti Joseon berjumpa dengan pegawai-pegawai di Chunghwajeon untuk menguruskan hal ehwal negara.
Gerbang besar ini yang bernama Chunghwamun merupakan pintu masuk ke Chunghwajeon di Istana Deoksu. Seni binaan tradisi gerbang Korea ini sungguh mengagumkan. Ia menggambarkan keunggulan Korea pada zaman purba.
Gambar ini menunjukkan sebuah bangunan moden yang terdapat di dalam kawasan Istana Deoksu. Bangunan ini merupakan sebuah muzium. Pelawat berpeluang menyaksikan pamiran seni moden di muzium ini.
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.