Stadium Piala Dunia Fifa 2002 Seoul merupakan lokasi di mana upacara pembukaan Piala Dunia Fifa 2002 telah diadakan. Perlawanan buka tirai di antara Perancis (Johan 1998) dan Senegal juga dilangsungkan di stadium ini.
Stadium Piala Dunia Fifa 2002 Seoul dibuka mulai 9 pagi hingga 5 petang setiap hari untuk pelawat mengunjungi kecuali terdapat aktiviti sedang dilaksanakan. Pegawai sentiasa ditugaskan untuk memberi bantuan kepada pengunjung.
Stadium Piala Dunia Fifa 2002 Seoul adalah stadium terbesar di benua Asia. Seramai 60,000 penonton dapat ditampung oleh stadium ini. Bentuk Stadium Piala Dunia Fifa 2002 Seoul merupai wau tradisional Korea yang menggambarkan semangat orang Korea berazam untuk mencapai kemenangan cemerlang.
Safari Word Korea Selatan yang amat digemari oleh pelancong adalah sebahagian daripada Everland Theme Park Korea
Selatan.
Safari World sesuai untuk sekeluarga mengunjung. Terdapat lebih daripada 3000 jenis haiwan liar di Safari World.
Pelawat mempunyai dua plilihan untuk mengunjung Safari World. Sama ada boleh menaiki bas atau jeep untuk menyaksi pelbagai jenis haiwan di Safari World. Semua haiwan hidup dengan bebas di Safari World.
Everland Theme Park Korea Selatan merupakan lokasi yang paling digemari oleh pelancong yang mengunjungi Korea Selatan.
Seramai 9 juta pelancong melawat Everland Theme Park setiap tahun. Theme park ini beranking ketujuh di antara theme park di dunia dan terletak di Yongin, Gyeonggi Province, South Korea. Yongin berada lebih kurang 40 km di selatan Seoul (Ibu kota Korea Selatan) .
Everland Theme Park terdiri daripada 4 bahagian iaitu Festival World, Caribbean Bay, Safari World dan Speedway.
Festival World serupa dengan Disneyland yang mempunyai pelbagai permainan menarik, persembahan pentas, bangunan fantasi, restorant dan kedai makanan segera.
Caribbean Bay menyediakan pelbagai kegiatan air untuk pelancong yang gemari sukan air. Caribbean Bay di bahagi kepada dalam rumah (indoor) dan luar rumah (outdoor).
Pelancong boleh menyaksikan haiwan liar termasuk lionger di Safari World. Lionger adalah kacuk di antara singa dan harimau.
Pelancong berpeluang menyaksikan perlumbaan kereta di Speedway. Disamping itu, pelancong yang berlesen memandu boleh memandu kereta berlumba dengan sepuas-puasnya di Speedway.
Sekiranya anda melancong ke Korea Selatan, ingatlah melawat Everland Theme Park dan kembali dengan kenangan yang manis.
Kedua-dua gambar bunga sakura ini diambil oleh anak saya yang bermastautin di Seoul, Korea Selatan. Dia telah berada di Seoul sejak 2005. Dia balik ke kampung semasa cuti akhir tahun pada bulan Disember tahun lalu.
Menurut anak saya, bunga sakura mulai berkembang pada bulan Mac semasa musim bunga di Seoul. Suhu pada musim bunga di Seoul adalah di antara 10°C hingga 20°C. Suhu ini sesuai untuk bunga sakura berkembang dengan secantik-cantiknya.
Gamgar yang kedua di atas menunjukkan penduduk bandar raya Seoul membanjiri taman bunga sakura demi menikmati kecantikan bunga sakura.
Saya dan isteri mungkin mengunjungi anak saya pada musim bunga tahun depan. Saya berharap ini dapat menjadi kenyataan supaya berpeluang menyaksi kecantikan bunga sakura.